Tambah sentuhan daya tarikan di badan, tangan dan rumah dengan koleksi wangian Bath & Body Works yang baharu – Sweet South.
Aroma baharu terdiri daripada Sheer Cotton & Lemonade, Mint Julep, Sundress dan banyak lagi mampu mengasyikkan si pemakai.
Untuk daya tarikan féminin, Koleksi Signature mempunyai wangian seperti Georgia Peach & Sweet Tea, Sheer Cotton & Lemonade dan Sweet Magnolia & Clementine. Georgia Peach & Sweet Tea adalah campuran indah white nectarine, manakala, Sheer Cotton & Lemonade memberikan bau yang bersih dari rips cotton dan lemonade, malah dilembutkan lagi dengan wild gardenia. Untuk Sweet Magnolia & Clementine pula gabungan wangian spring sandalwood.
Satu lagi yang menarik untuk koleksi ini adalah sabun tangan yang diilhamkan oleh beautiful blooms. Wangian yang berbau manisan datang dari Watermelon Lemonade, Georgia Peach, Southern Lemon Chiffon, Savannah Mint Julep, Magnolias & Mimosas dan Bourbon Street Buttercream.
Bukankah menarik jika kediaman anda dihiasi dengan bauan indah dan menawan, lilin dari Bath & Body Works terbaik boleh anda miliki. Dengan wangian indah Lilac Blossom, Praline Pecan Cobbler, Watermelon Lemonade dan banyak lagi, rumah anda akan mengeluarkan nafas segar musim bunga.
Koleksi wangian ini tersedia untuk masa yang terhad sahaja di Bath & Body Works seluruh negara.