Burberry mengumumkan koleksi ikon British-made Heritage iaitu Burberry Heritage Trench Coat dan Burberry Cashmere Scarves bakal diperluaskan lagi rekaannya.
The Burberry Scarf Bar
Pada September 2015 akan datang, Burberry akan melancarkan ‘The Burberry Scarf Bar’, yang meraikan ikon jenama ini, iaitu cashmere scarves . Perluasan koleksi yang klasik serta fabrik cashmere yang ringan ini direalisasikan di Scotland.
Pelbagai pilihan warna dan corak serta benang untuk monogramming, pelanggan diberi peluang untuk mencipta scarf yang tersendiri.
Setiap scarf diperbuat daripada 100% cashmere dan dijahit dengan penuh berhati-hati dengan menggunakan mesin tenun tradisional, kepada dibersihkan dengan air segar Elgin dan Ayr, dan diakhiri dengan sentuhan pakar kraftangan dan kaedah ini diturunkan turun temurun.
The Burberry Trench Coat
Burberry bakal memperkenalkan dua warna baru ke dalam rekaan koleksi ikonik British-made Heritage kot trench.
Bermula pada bulan September, warna Navy dan Parade Red kot trench bakal ditambah ke dalam koleksi yang sedia ada, justeru mengangkat koleksi ini ke tahap yang lebih tinggi.
Asalnya dicipta untuk melindungi pegawai daripada angin dan hujan pada tahun 1912, kot trench Burberry ini melalui evolusi sehingga ia menjadi ikon terkemuka, mewakili gaya dan inovasi British yang dikenali secara global.
Pelancaran Rekaan Ikon Cashmere Kot Trench:
Pada bulan Oktober, Burberry juga akan meluaskan empayar kot trench-nya yang diperbuat daripada fabrik serta gaya cashmere buat pertama kalinya.
Koleksi ini bakal dijual pada bulan September.
Koleksi heritage kot trench, bakal ada di butik-butik fizikal atau di dalam talian, Burberry.com. Kot trench bakal memenuhi kehendak si petite, sederhana mahupun yang tinggi dan akan ditemukan dengan lima pilihan warna bagi wanita dan kanak-kanak: honey, stone, hitam dan navy serta parade red. Bagi lelaki pula:honey, stone, hitam dan navy.
Memaparkan hampir 30 warna pilihan, Burberry Scarf Bar bakal menemui anda secara global di butik fizikal mahupun dalam talian. Pembeli berpeluang memberi sentuhan peribadi dalam rekaan scarf ini.
Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web: www.burberry.com.