Untuk koleksi musim luruh/sejuk, LeSportsac mengetengahkan produk kasual, moden dan praktikal.
Untuk bulan Ogos lebih ke arah Urban Sporty, elemen kasual namun moden. Sesuai ketika melancong, fesyen jalanan dan juga ke sekolah. Daripada fabrik yang baru dan berkualiti, warna pop, cetakan berani dalam kedua-dua gaya jenama beg galas paling laris.
September lebih kepada On-The-Go, sesuai untuk global shopping dan travel. Ini adalah untuk wanita moden yang sentiasa on-the-go. Rekaan klasik yang diketengahkan seperti Bucket Bag, Shelby Crossbody dan Medium Two Zip Crossbody.
Oktober memberi tumpuan kepada kekuatan LeSportsac dalam menyelaraskan bentuk dan aksesori kecil (seperti fold-up tote in a pouch) bersama-sama dengan silhouettes lebih besar. Cetakan berwarna-warni, menyeronokkan dan grafik ditawarkan dalam gaya bersama-sama dengan arah yang kukuh dalam bentuk yang lebih kecil.
The LeSportsac Fall 2015 Collection Classic boleh didapati di semua LeSportsac dan LeSportsac.com akhir bulan Ogos 2015.