Samsung Malaysia Electronics (SME) mengumumkan kehadiran Galaxy Tab S2, yang terbaru dari siri tablet premiumnya. Sebagai teman peribadi yang sempurna, Galaxy Tab S2 direka dalam bentuk yang nipis dan ringan dengan kemasan bingkai logam dan penuh kecanggihan. Selain daripada kegunaan yang tinggi, ia menyediakan fungsi dual dimana produktiviti dan hiburan diutamakan, on the go, di mana sahaja dan bila-bila masa.
Tablet ini didatangkan lengkap dan pramuat dengan Microsoft Office Solutions untuk mengarang dan menyunting dokumen sebagai contoh, dan mudah menyimpan sehingga 100GB fail pada cloud melalui OneDrive percuma selama dua tahun. Juga, Galaxy Tab S2 9.7″ boleh digunakan bersama Book Cover Keyboard yang memudahkan lagi tugasan di tablet.
Galaxy Tab S2 dibina dengan sentuhan Fingerprint Scanner untuk tujuan pengesahan mudah. Di samping itu, Galaxy Tab S2 menawarkan Multitasking, yang membolehkan pengguna untuk melihat dan menjalankan dua aplikasi serentak dengan Pop-Up Window, satu ciri baru yang membolehkan pengguna dengan mudah menavigasi antara pelbagai aplikasi pada satu masa.
Dalam usaha untuk memenuhi keperluan hiburan pengguna tempatan, Galaxy Tab S2 datang pramuat dengan iflix, yang membawa perkhidmatan TV Internet dan Samsung Milk Music™, perkhidmatan strim radio digital yang direka khas untuk pengguna Samsung.
Pada hanya 5.6mm nipis dan hanya 392g (9.7 “) dan 272g (8.0”) berat, Galaxy Tab S2 sesuai dengan sempurna di tangan atau beg anda dan direka dengan paparan Super AMOLED. Peranti anggun, bergaya dan ringan ini sesuai untuk melayari kandungan digital, termasuk e-buku, majalah, laman web dan newsfeeds.
Samsung Galaxy Tab S2 hadir dalam saiz 9.7 inci dan 8.0 inci versi LTE, yang boleh didapati dalam 32GB dengan MicroSD sehingga 128GB. Ia boleh didapati di pasaran Malaysia, bermula dari 14 Ogos 2015 dalam warna emas, putih dan hitam.
Spesifikasi Produk Galaxy Tab S2 9.7 inci
Spesifikasi Produk Galaxy Tab S2 8.0 inci
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.samsung.com.my.