Kita sering tidak perasan keadaan kesihatan kita, tetapi orang yang kita sayangi ambil tahu — ini adalah mesej disebalik The Health Report Card by AIA, projek yang bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengawal kesihatan mereka disebalik trend penyakit berkaitan gaya hidup di Malaysia yang semakin meningkat.
Untuk menghidupkan mesej ini, AIA menjalankan kajian dalam kalangan pelajar sekolah rendah di Lembah Klang untuk menilai keadaan kesihatan ibu bapa mereka. Lebih 200 pelajar menjawab soalan yang meliputi pemakanan, aktiviti fizikal serta kesejahteraan emosi.
Penyakit berkaitan gaya hidup seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kanser dan kolesterol tinggi semakin meningkat di Malaysia. Malah, laporan baru-baru ini meletakkan Malaysia sebagai negara paling gemuk di Asia Tenggara, kes-kes penyakit kencing manis dan penyakit buah pinggang adalah berjuta (3.2 juta dan 2.5 juta pesakit, masing-masing, pada tahun 2014) dan satu daripada empat rakyat Malaysia dijangka akan didiagnosis dengan kanser sebelum hari lahir ke-75 mereka.
Dengan inflasi perubatan dilaporkan pada 12% setahun, kenaikan kos penjagaan kesihatan adalah satu lagi sebab untuk rakyat Malaysia mula mengambil berat kesihatan mereka. AIA mengetengahkah data yang menunjukkan peningkatan 19% dan 41% dalam kos purata per kemasukan untuk kencing manis dan penyakit jantung, masing-masing, di antara tahun 2010 dan 2014.
Untuk mendapatkan orang ramai untuk mula berfikir tentang kesihatan mereka sendiri, AIA telah melancarkan kempen dalam talian yang menjemput rakyat Malaysia untuk menghantar kad laporan kesihatan kepada orang yang tersayang.
Rakyat Malaysia boleh menghantar Health Report Card kepada orang yang tersayang dengan pergi ke www.healthreportcard.com.my.
Kad laporan akan dihantar kepada orang tersayang anda berdasarkan penilaian anda tentang tabiat makan mereka, aktiviti fizikal dan kesejahteraan emosi. Untuk setiap Health Report Card yang dikongsikan di Facebook, peserta akan menerima baucar dari Lovy Pharmacy untuk menyebarkan mesej kesihatan yang baik.