Selepas dua tahun berdiam diri, Kejohanan Duathlon Powerman Asia bakal kembali ke Putrajaya pada 6 Mac 2016.
Pihak penganjur, E-Plus Entertainment Production menyasarkan penyertaan sebanyak 3,000 peserta termasuk atlet duathlon di sekitar dunia, yang akan sertai sukan larian dan berbasikal secara berterusan.
Presiden Persatuan Powerman Antarabangsa, John Raadschelders berkata sukan larian dan berbasikal berkembang dan menjadi semakin kompetif, dengan itu dengan adanya kejohanan ini, ia akan memberi peluang kepada atlet untuk menguji kemampuan mereka.
“Program ini dianjurkan di Malaysia sejak 2002 dan pastinya menjadi lokasi pilihan untuk perlumbaan peringkat Asia,” katanya.
Dua kategori akan dipertandingkan iaitu:
Powerman Classic:
- 10 km larian
- 60 km berbasika
- 10 km larian
Powerman Short:
- 5 km larian
- 30 km berbasikal
- 5 km larian
Peserta yang ingin menyertai dengan pasukan, penganjur memperkenalkan dua kategori baru iaitu:
Powerman Classic Relay:
Jumlah peserta: 2 orang
- 10km-60km-10km jarak klasik
Corporate Sprint:
Jumlah peserta: 3 orang
- 5 km-30 km-5 km jarak dekat.
Pendaftaran dan bayaran untuk perlumbaan itu akan bermula bulan depan.
Untuk maklumat lebih lanjut, ikuti mereka di Facebook page, Powerman Malaysia – Asia Championships.