Wanista pasti setiap dari kita menikmati secawan kopi setiap hari. Caffé Crema adalah kafe butik menyediakan pengalaman menikmati kopi sempurna di kalangan pencintanya.
Kini, Caffé Crema membuat comeback dengan memperkenalkan ‘filtered coffee’ atau dalam Bahasa Melayu kopi yang ditapis di kalangan rantaian kopi istimewa. Pengasas Caffé Crema, Elvin S menjelaskan walaupun beliau sedar ianya satu proses yang memakan masa tetapi sangat berbaloi.
“Filter coffee has more caffeine” – Elvin S
Proses ini adalah mudah: 15 gram grounded coffee diletakkan di dalam kertas penapis. Berikut air yang dipanaskan kepada suhu sekitar 94 celsius dituang dengan tepat (dalam gerakan membulat dan konsisten) dengan cerek gooseneck. Mempunyai nisbah water-to-coffee yang betul adalah penting untuk menghasilkan rasa yang kompleks lagi seimbang dengan masa sasaran antara 2.3 kepada 3 minit.
Sebagai pemilik kafe, kami akan cuba untuk melakukan yang terbaik mengikut kehendak pelanggan. “Jika anda sukakan kopi yang kuat, kami akan membuatnya untuk anda. Dan jika anda datang ke sini lagi, kami akan mencadangkan sesuatu yang berbeza pula.”
Tetapi tiga minit adalah sempurna untuk Ethiopian Yirgacheffe kerana keasidan yang berbeza. Ethiopia juga di mana biji kopi pertama kali diketahui. Ia juga bergantung bagaimana cara kopi diproses. Jika ia dibasuh dan dibiarkan kering secara semula jadi, ia akan cenderung untuk rasa buah manakala jika pemanggangan gelap maka rasanya lebih gelap, lebih ringan dan pahit.
Jadi, jika anda ingin rasa sendiri kehangatan ‘kopi tapis’ ini, datang sendiri ke Caffe Crema.