11street (www.11street.my), salah satu pasaran dalam talian yang terbesar di Malaysia melancarkan K-Festival buat kali pertamanya dengan sokongan penuh daripada kerajaan Korea.
Hoseok Kim, Ketua Pegawai Eksekutif 11street mengatakan mereka berbangga dalam menjalankan campuran besar produk tempatan dan antarabangsa di 11street, serta item terkini dan paling popular dari pasarang luar negara untuk pembeli menikmatinya.
Berbalik kepada K-Festival, sepanjang 11 Ogos sehingga 11 September, pembeli dapat membeli barangan dari pelbagai jenis produk Korea dikategorikan di bawah K-Lifestyle, K- Fashion, K-Food dan K-Beauty.
Antara produk yang eksklusif dengan diskaun besar-besaran termasuk Pepero, Ultra Hydrating Essence 3D Mask, Roichen Natural Diamond Ceramic cookware, Deer Brass Multi Bag, Purederm Collagen Eye Zone Mask dan banyak lagi.
Untuk menambah keseronokan, 11 street akan memberikan diskaun 50% dan kupon penghantaran percuma setiap hari dari 9am – 11am yang berjumlah lebih RM 600,000 dalam nilai.