Sempena pembukaan cawangan baharu yang ke-30, TGV mengadakan rumah terbuka di panggung wayang TGV, D’Pulze Cyberjaya.
Sempena pembukaan rasmi selama empat hari ini (13 Ogos – 16 Ogos 2015), pengunjung berpeluang untuk menonton wayang percuma di sini!
Antara filem yang akan ditayangkan adalah San Andreas, Mad Max, Tomorrowland dan Spy.
Bukan itu sahaja! Pihak TGV jugak akan menyediakan merchandise dan set bertih jagung secara percuma.
Bagi penonton filem tegar, berpeluang untuk memenangi hadiah tiket wayang apabila mereka menyertai pertandingan puzzle gergasi, permainan video, triva yang betul atau salah, teka-teki dan aktiviti-aktiviti menarik yang lain!
“Mengekalkan tradisi yang dilakukan oleh TGV, mulai 1 September hingga 30 September 2015, kami akan mengadakan kempen goodies selama 30 hari. 100 penonton tegar filem yang terawal, berpeluang untuk menebus tiket wayang percuma pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Ahad atau bertih jagung sederhana pada hari Rabu, Jumaat dan Sabtu di sini. Kempen ini dilakukan khas bagi pelanggan setia kami atas sokongan dan kepercayaan terhadap TGV, dan meletakkan kami sebagai panggung wayang pilihan mereka,” kata Pengurus Pemasaran Kanan TGV, Celeste Koay.
Pembukaan rasmi panggung wayang TGV D’Pulze Cyberjaya dan TGV AEON Mall AU2 pada 5 Ogos lepas, panggung wayang ini membekalkan sebanyak 30 multiplexes serta 235 skrin dan melebihi 39,800 tempat duduk di seluruh negara.
Untuk maklumat lebih tanjut tentang panggung wayang TGV, pembukaan rasmi serta cawangan baharu mereka, layari www.tgv.com.my atau ikuti mereka di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Line:@TGV Cinemas atau Instagram.
Apa lagi, luangkan hari minggu anda di TGV D’Pulze Cyberjaya!