Syarikat LG bakal melancarkan beberapa produk elektronik baharu di pameran perdagangan peralatan dan elektronik pengguna (IFA 2015) bakal berlangsung di Berlin, Jerman pada September ini.
Music Flow HS8 Wireless Curved Sound Bar daripada syarikat LG bakal menawarkan kelebihan kualiti bunyi dalam cara yang sangat berlainan.
Jangan hanya pandang kepada rupa sahaja, pembesar suara lengkuk ini akan memberikan kesan bunyi ibarat dalam panggung wayang, mungkin lebih lagi daripada itu.
Antara spesifikasi produk ini adalah:
- Penyambung: Mainkan music secara auto: Sync dengan telefon pintar melalui Wi-Fi untuk memindahkan ke Sound Bar.
- Bunyi: i-Sound/ 4 Tweeters (2 di depan, 1 kiri, 1 kanan)/ LG Auto Sound Engine/ SFX untuk Stereo Surround Sound/24 nit/192 KHz Sampling/ LG Sound Sync
- Direka tanpa wayar, Wi-Fi, Bluetooth 4.0
- Kuasa: Sistem pembesar suara rangkaian 4.1 dengan kadar bunyi 360W
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman web www.LG.com atau www.LGnewsroom.com.