Jumlah harimau seluruh dunia menurun sebanyak 97 peratus dan terdapat kira-kira 300 daripada 3,200 hidupan liar berkenaan pada hari ini merupakan harimau Malayan.
Usaha Royal Selangor, jenama yang di kenali secara global bekerjasama dengan MYCAT untuk menyelamatkan haiwan ini daripada pupus. Sejak tahun 2012, pihak
Royal Selangor mengambil bahagian secara berterusan bagi kempen ini. Tahun ini juga, Royal Selangor bersama MYCAT ingin lakukan lebih lagi untuk menyelamatkan harimau daripada pupus.
“Royal Selangor selalu memberikan sokongan penuh bagi kempen ini, dan kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan mereka sekali lagi dalam mengumpul dana serta meningkatkan kesedaran kepada orang ramai melalui kempen Save Malaysan Tigers ini,” kata Pengurus Besar MYCAT, Kae Kawanishi.
Kali ini, 20% daripada hasil penjualan barang yang berkaitan dengan harimau akan disumbangkan kepada MYCAT bersama kempen Save Malaysan Tigers.
Barangan yang akan dijual termasuk loket harimau, plak, patung dan cufflinks akan berada di butik fizikal Royal Selangor di seluruh negara serta dalam talian di laman web www.royalselangor.com.
Kerjasama ini bukan sahaja untuk meningkatkan kesedaran tentang kepupusan ini, tetapi juga untuk mengumpul dana bagi meneruskan projek MYCAT.
Selain itu, terdapat usaha yang lain dilakukan bagi kempen ini, antaranya adalah:
- Talian hotline 24 jam MYCAT Wildlife Crime (019-356 4194).
- Program outreach oleh sukarelawan untuk memberikan informasi di sekolah tertentu.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web: