iflix, perkhidmatan TV Internet terkemuka di Asia Tenggara, bekerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics dan Samsung Electronics Philippines Corporation.
Menerusi perjanjian itu, langganan jalur lebar iflix akan dimuat turun di telefon bimbit Samsung terpilih dari 6 Ogos 2015, bermula dengan tablet yang baru sahaja keluar, Galaxy Tab s2.
Kesemua tablet Samsung Galaxy Tab 2 yang dijual di Malaysia akan menerima langganan selama 12 bulan tanpa caj tambahan.
Manakala bagi peranti flagship Samsung akan menerima langganan selama 6 bulan, dan langganan selama 3 bulan bagi produk baru Samsung termasuk keupayaan video streaming.
iflix yang menawarkan rancangan terhangat di U.S., Asia dan rancangan tempatan serta pelbagai pilihan filem berada di dalam talian.
Aplikasi ini baru sahaja dilancarkan di Malaysia dan Filipina bakal meluaskan target penontonnya di Asia Tenggara termasuk Thailand dan Indonesia.
Setiap langganan yang dilakukan memberi kesenangan kepada pelanggan untuk menonton di mana sahaja mereka berada sama ada menggunakan telefon pintar, tablet, komputer mahupun televisyen.
Muat turun aplikasi iflix di telefon bimbit anda sekarang!