Miliki wajah cantik dan kulit menawan membuatkan semua mata tertumpu pada pelakon cantik berusia 31 tahun ini, lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak pertamanya. Keanggunannya sama sekali tidak berkurang.
Wajah baru wangian Avon ini punya pelbagai tips kecantikan yang ingin dikongsikan bersama.
1. Helah menjaga rambut tetap sempurna
Olivia dikenali sebagai selebriti yang kerap bereksperimen dengan gaya rambut. Helah rahsia Olivia untuk ‘menjinakkan’ rambut adalah dengan mengaplikasikan hairspray dengan menggunakan berus gigi.
2. Alat solek
Untuk tampil cantik dalam kehidupan seharian, Olivia yang digelar ‘the chameleon face’ ini sangat bergantung pada eyeliner. Solekan cat eye sering dibuat untuk menonjolkan mata hijaunya malah gincu bibir nude adalah pilihannya.
3. Rutin penjagaan kulit
Melakukan exfoliating dan moisturizing kulit sangat penting bagi Olivia. Rutin ini dilakukan minimal sekali dalam seminggu. Produk kegemarannya adalah Kate Somerville dan Rose Day Cream oleh Dr. Hauschka.
4. The Body Shop, wangian pilihan
Pelakon filem Tron : Legacy ini mendedahkan bahawa wangian pertama yang dipakainya adalah White Musk by The Body Shop. Olivia sangat suka dan memakainya setiap hari.
5. Menjaga kecergasan
Bukan kerana anda merasakan ia adalah kemestian. Bagi Olivia, fitness adalah saat kita memanjakan tubuh dan fikiran. Yoga dan pilates adalah pilihannya. Jadi, tidak hairanlah susuk tubuh pelakon ini kelihatan menawan dan seksi. bila mengenakan bikini.
6. Kunci awet muda
Menurutnya, semua wanita harus menghargai proses penuaan. It’s good to take care of ourselves and bodies. Olivia sama sekali tidak bergantung pada satu produk untuk membantu proses penuaan pada diri. Kuncinya adalah tidur yang cukup dan minum banyak air putih!
[SUMBER]