Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) menjemput orang ramai menyertai program ‘Relay For Life’ (RFL) Kuala Lumpur 2015 pada 5 September hingga 6 September ini.
Bermula pada pukul 6 petang, mereka akan bergilir-gilir mengelilingi trek stadium tanpa henti, selama 16 jam sehingga pukul 10 pagi keesokannya di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya.
“Berjalan tanpa henti selama 16 jam ini simbolik kepada penyakit kanser yang tidak pernah tidur,” kata Penasihat Kehormat NCSM, Datuk Zuraidah Atan.
Menurut Zuraidah, mereka jangkakan seramai 4,500 orang akan turun padang bagi meraikan kesungguhan dan memahami kesabaran pesakit kanser yang bertungkus lumus dalam perjuangan ini.
Aktiviti malam akan diterangi dengan cahaya lilin sempena upacara Luminaria. Upacara ini dilakukan untuk mengingati pesakit kanser yang berjuang untuk teruskan kehidupan dan juga kepada yang masih teruskan perjuangan.
Program ini juga akan membuka booth yang memberikan anda informasi tentang kanser serta membuka minda anda tentang pentingnya bagi orang ramai untuk ketahui tentang penyakit ini.
Terdapat pelbagai persembahan dan permainan yang lain akan disediakan oleh pihak penganjur.
Masih belum terlambat lagi buat anda yang ingin berkongsi pengalaman bersama-sama di RFL pada bulan hadapan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web disini.
Pihak NCSM berbesar hati atas pihak penaja seperti Astro, Bridgestone Tyres, Tune Insurance, Vitahealth, Directd Retail & Wholesale, Satu Gadget Dot.Com, Idifynetz, Oriental Mental Industries, Brother Internatipnal, Murphy Oil, Experian Malaysia, Accenture Malaysia dan Northport yang sudi memberi sokongan bagi program RFL ini.