Pelakon antarabangsa Morgan Freeman bersedih atas kematian cucu angkatnya. Edena Hines ditemui mati di jalan Manhattan pada Ahad lepas.
Pihak polis menerima panggilan 911 pada pukul 3 pagi. Hines, 33 tahun dijumpai terbaring di atas jalan dengan kesan tikaman yang banyak di bahagian dadanya.
Mangsa disahkan mati di hospital Harlem.
Dipercayai suspek berumur 30 tahun ini merupakan teman lelaki Hines. Beliau dibawa ke tahanan polis untuk siasatan lebih lanjut berkenaan kematian Hines di West 162nd Street.
Dalam sebuah pernyataan mengenai kejadian itu, Freeman mengatakan: “Dunia tidak akan pernah tahu betapa bakatnya beliau dan berapa banyak yang bakal dia berikan dalam industri ini.”
Hines yang mengambil jurusan lakonan turut menyumbangkan ilmunya itu kepada remaja urban dengan mengajar mereka mengenainya. Beliau merupakan cucu isteri pertama Freeman.
Setakat ini, tiada sebarang tindakan yang diambil kerana kes ini masih dalam siasatan polis.
[SUMBER]