Baru-baru ini Bosch melancarkan produk kemenangannya iaitu Series 8 Ovens, Series 8 Built-In Espresso Maker, Asian Range Dishwasher, Washing Machines dan Dryers di Home Appliance Convention 2015.
Bosch Series 8 Ovens
Menerima pengiktirafan di German Design Award 2015, oven terbaru ini mempunyai 21 teknologi baharu yang akan melancarkan majlis di rumah anda. Produk ini dikelolai oleh 130 jurutera, dan maklum balas daripada 7,000 pelanggan serta penyelidikan yang lama pasti melengkapkan keinginan semua.
Antara kelebihan produk ini adalah penambahan deria, oven ini akan menyesuaikan makanan secara automatik Manakala 4D hot air, akan memastikan makanan tersebut dimasak sama rata. Bukan sahaja itu, anda juga boleh gunakan ia untuk steam dan microwave.
Bosch Series 8 Built-In Automatic Espresso Maker
Dengan hanya menekan butan one-preparation, CTL636ES1 Series 8 Built-in 45 cm Automatic Espresso Maker boleh memberikan anda minuman Ritstretto, Capuccino, Café Latte dan lain-lain.
Jika anda ingin kopi idaman pada tiap-tiap hari, mesin kopi ini merupakan penyelesaian bagi masalah tersebut! Tidak perlu bersusah-payah, Individual Cup Volume and OneTouch DoubleCup akan menyukat secawan minuman anda dengan tepat.
Selain itu, AutoMilk Clean akan membantu peminat kopi untuk membersihkan mesin ini dengan mudah!
Bosch Dishwashers
Kualiti yang tinggi serta ketahanan membuktikan bahawa mesin pembasuh pinggan ini akan menjadi pilihan utama buat anda!
Dengan teknologi Zeolith, mesin ini hanya memerlukan jumlah tenaga yang minimum untuk mendapatkan pinggan dan cawan yang bersih dan kilat.
Program HygienePlus akan menghilangkan 99 peratus bakteria kerana dibersihkan dengan air panas (70 darjah).
Bosch Washing Machines & Dryers
Tidak kira sama ada seluar kegemaran anda mahupun baju sutera, mesin basuh baju ini akan memberikan anda baju yang bersih tanpa sebarang bunyi.
Manakala pengering Series 8 WTW85561BY, Series 4, WTB86200SG dan Series 4 WTA74200SG bakal memberikan kemudahan yang maksimum kepada pengguna.
Hampir 75 tahun Bosch mencari jalan penyelesaian yang mudah bagi pengguna untuk mendapatkan baju yang bersih dengan mesin basuh, menikmati kopi idaman anda serta pelbagai lagi produk yang memudahkan kehidupan seharian anda dengan hanya di rumah!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.bosch-home.com.my.