Berbasikal adalah salah satu sukan yang paling pesat berkembang di Asia kerana ianya menggalakkan kesihatan dan kecergasan. Musim luruh ini, Asia’s World City mengadakan Hong Kong International Cyclothon julung pertama kalinya dari 10 dan 11 Oktober 2015. Acara ini dianjurkan oleh Hong Kong Tourism Board (HKTB), dengan tajuk dan penaja amal dari Sun Hung Kai Properties.
Tujuan untuk mempromosikan bandar sebagai destinasi bagi acara sukan antarabangsa, acara berbasikal ‘territory-wide’ ini akan mengetengahkan mercu tanda ikonik Hong Kong dengan penglibatan masyarakat setempat dan antarabangsa.
Pekayuh juga dapat merasakan angin musim luruh semasa melalui jalan raya utama dan menghargai mercu tanda bandar. Terdapat lapan kategori akan diadakan di Hong Kong Cyclothon. Perlumbaan kriterium diiktiraf oleh Union Cycliste Internationale akan diadakan di Tsim Sha Tsui, disertai oleh penunggang basikal profesional dari seluruh dunia.
Untuk pendaftaran dan sebarang urusan berkaitan, boleh ke laman web www.DiscoverHongKong.com/Cyclothon. Untuk memastikan keselamatan peserta, semua peserta 35km Challenge Ride, 10km Community Ride dan Kids & Youth mesti lulus ujian kemahiran yang diaturkan penganjur, atau menyediakan bukti penyertaan dalam perlumbaan basikal lain ataupun aktiviti yang diiktirah oleh Cycling Association of Hong Kong, China Ltd.
Yuran pendaftaran (HK$100 untuk individu dan HK$18,000 untuk pasukan), termasuk semua yuran pendaftaran untuk CEO Charity Ride akan didermakan kepada badan-badan kebajikan yang ditetapkan.