Pernahkah anda terfikir apakah makanan yang sering dimakan oleh tentera semasa mereka menjalankan misi operasi ketenteraan? Makanan memainkan peranan yang cukup penting dalam kehidupan iaitu sebagai sumber tenaga, apatah lagi kepada tentera yang memerlukan tenaga mencukupi untuk kekal fokus dan berjaga semasa bertugas.
Menurut mereka yang pernah merasa pek catuan makanan tentera, rasa makanannya tidak sedap, keras dan tawar jika orang awam memakannya. Makanan itu dibungkus di dalam pek plastik berwarna hijau gelap. Dan ini merupakan contoh gambar pek catuan makanan atau “rangsum tempur” yang diperolehi dari blog Belia Bangkit ketika operasi Lahad Datu pada 8 Mac 2013 dan gambar perincian pek “rangsum tempur” boleh dilihat di blog Becky Customizer.
Ini pula adalah 11 pek catuan makanan tentera milik beberapa buah negara yang terlibat dengan makan malam kebajikan di Kabul, Afghanistan untuk membantu sekolah-sekolah di situ pada tahun 2014. Ia telah dikumpul oleh The Guardian. Jom lihat:
1. Australia
2. Estonia
3. Singapura
4. Amerika Syarikat
5. Perancis
6. Sepanyol
7. Norway
8. Itali
9. Jerman
10. Kanada
11. United Kingdom
12. Malaysia
[Sumber]