Kebelakangan ini, banyak kes pedofil yang berleluasa bukan sahaja di Malaysia malah di sekitar dunia. Dalam situasi ini, seorang Youtuber yang terkenal dengan memuat turunkan video prank, Coby Persin, melakukan satu eksperimen berkenaan betapa bahayanya media sosial.
Persi, 21 tahun ingin menunjukkan bahawa betapa mudahnya kanak-kanak mempercayai orang yang tidak dikenali. Terutama sekali ketika berkenalan di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain.
Dengan kebenaran tiga orang ibu bapa, tiga gadis ini dihubungi oleh Persin di laman sosial Facebook. Beliau yang berpura-pura jadi seorang remaja lelaki berumur 15 tahun bercadang untuk berjumpa secara bersemuka setelah berhubung dengan mereka selama tiga hingga empat hari.
Saksikan reaksi mereka di pautan video ini:
Persin berkata beliau dapat inspirasi untuk melakukan eksperimen sosial ini daripada, kes seorang ayah menyelamatkan anak perempuannya yang berumur 12 tahun, sebelum diculik oleh lelaki yang dia temui di media sosial.
Melalui video ini Persin mendapat banyak maklum balas yang positif daripada semua orang.
“Mereka memberi reaksi seperti ‘Saya hampir menjadi mangsa seperti di dalam video ini’ atau ‘Saya bersyukur dapat tunjukkan video ini kepada anak perempuan saya’,” kata Persin.
Video ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan membuatkan Persin terus merakam eksperimen yang sama tetapi dalam versi lelaki, di mana seorang wanita akan menggantikan wataknya. Video ini akan berada di saluran beliau dalam minggu hadapan.