Saturday, April 17, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

6 Cara Mudah & Murah Dapatkan Rambut Lembut Berkilat ( Cuka, Telur, Madu DLL )

by Malisa Aina
February 13, 2015
30
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram
Foto - Kopi Planet

Seorang Wanita Itu Paling Cantik Bila Lakukan Perkara Ini

December 30, 2020

10 Cara Ringkas Untuk Kamu Kelihatan Hebat Walaupun Tak Mandi

September 8, 2020

Ingin dapatkan rambut yang cantik dan lembut persis selebriti di iklan rambut? Kami ingin kongsikan 6 tips mudah dan murah yang boleh anda gunakan.

Mayonis

IKLAN

  1. Jadikan mayonis sebagai perapi rambut anda. Caranya letakkan mayonis organic pada rambut kering anda.
  2. Pada anda yang mempunyai kulit rambut berminyak, jangan sapukan pada kulit rambut anda dan pastikan kena pada hujung rambut anda.
  3. Amaun mayonis yang digunakan bergantung pada panjang dan ketebalan rambut. Rambut berminyak dan kelemumur memerlukan kurang mayonis manakala rambut kering memerlukan kuantiti banyak.
  4. Selepas mayonis disapukan, tutup rambut dengan tuala atau plastic dan biarkan selama 1 jam. Bilas rambut , letakkan syampu dan keringnya.

Telur

  1. Pecahkan 2- 4 biji telur ( ikut tebal rambut ) di dalam mangkuk. Asingkan putih dan kuning telur. ( gunakan kuning telur )
  2. Letakkan 4-5 sudu minyak zaitun ke dalam mangkuk berisi telur kuning dan pukul rata.
  3. Basahkan rambut dengan air dan sapukan campuran minyak zaitun dan telur tadi pada rambut anda. Biarkan 6-7 minit dan bilas dengan air. Jangan gunakan air panas kerana nanti ada telur goreng pula pada rambut anda.

Yogurt

  1. Sikat rambut anda terlebih dahulu. Gunakan plain yogurt sebagai perapi rambut anda. Pastikan yogurt yang anda gunakan tidak berperisa.
  2. Sapukan yogurt tadi pada rambut anda dan kemudian, ikatkan rambut ada kepada ponytail atau bun.
  3. Biarkan selama 30 minit atau yogurt mengeras sedikit. Kemudian bilaskan ia dengan air dan syampu rambut anda seperti biasa.

Aloevera dan madu

  1. Campurkan perapi rambut biasa, gel aloevera dan juga madu. Aloe vera merupakan perapi rambut terbaik dan akan memberikan sinar pada rambut anda. Mereka yang berambut hitam pekat perlu berhati-hati apabila menggunakan madu pada rambut anda kerana ia boleh membuatkan rambut anda menjadi cerah.
  2. Apabila campuran perapi dilumurkan pada rambut anda, urutkan pada rambut sekitar 10 minit dan bilas serta syampu seperti biasa.

Cuka 

  1. Syampukan rambut anda seperti biasa dan bilas dengan air sejuk untuk membuat sisa syampu di kepala anda.
  2. Campurkan 2 cawan cuka dan 1 cawan air ke dalam bekas, dan bilaskan rambut dengan campuran tadi. Biarkan campuran pada rambut anda selama 15 minit.
  3. Kemudian bilaskan dengan air hingga bau cuka hilang. Sikat rambut anda dan anda akan dapati rambut anda lebih sihat, tidak berserabut dan mudah untuk diuruskan.

Tags: cara mudah murah rambut cantikdapatkan rambut sihatrambut sihat berkilat murahtips cantiktips kecantikan rambuttips kecantikan wanitatips rambut cantiktips rambut cukatips rambut lembuttips rambut madutips rambut mayonistips wanista
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

[Temu Bual] Wanita Pun Boleh Pakai, BOXO Jual Boxer Unisex Yang Trendy Dan Selesa!

Yoona Guna Essence Estee Lauder Ini Untuk Kulit Lembut Gebu Seperti Bayi

Kurma Ada Ulat? Ini Cara Basuh Dengan Sempurna

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.