Terdapat banyak teori tentang apa yang membuatkan muka nampak cantik dan menarik. Ada teori berpendapat bahawa ia mempunyai sesuatu yang berkaitan dengan simetri, dengan wajah Tom Cruise menduduki tangga tertinggi. Yang lain pula menyatakan bahawa wajah yang kebiasaan, tanpa banyak ciri-ciri berbeza adalah yang paling menarik.
Bagi Pedro Berg Johnsen, menggabungkan wajah-wajah selebriti terkenal adalah hobi kegemarannya.
“Saya menggunakan sedikit Photoshop untuk sentuhan akhir dan penyuntingan, tetapi pengadunan yang sebenarnya dilakukan dalam program yang dipanggil SqirlzMorph,” kata Johnsen kepada PetaPixel.
“Ia adalah percuma dan cukup mudah untuk digunakan. Untuk masa, semua diantara dua jam dan beberapa hari. Ia bergantung kepada saiz imej dan tahap perincian.”
[Sumber]