Dandenong Ranges bakal dimeriahkan sekali lagi dengan bunga tulip yang berkembang di Tesselaar Tulip Festival. Pelbagai warna bunga tulip yang terdiri lebih daripada 120 jenis yang berbeza, merupakan highlight utama festival ini.
Hanya satu jam perjalanan dari Melbourne, pengunjung berpeluang menikmati festival yang menarik dengan hiburan untuk seluruh keluarga.
Selain berpeluang untuk berjalan diantara bunga tulip ini, mereka juga diberi peluang untuk menangkap gambar berlatar belakang kincir angin replika. Taman bunga ini juga akan diubah menjadi pameran seni ukiran, kerjasama diantara pengukir tempatan.
Tesselaar Tulip Festival akan bermula dari 10 September sehingga 6 Oktober 2015.
Setiap minggu akan disajikan dengan tema yang berbeza, termasuk Turkish Weekend, Yara Ranges Week, Dutch Weekend, dan Food, Wine & Jazz Weekend, serta Irish Weekend.
Kemasukan percuma bagi kanak-kanak akan diberikan sempena Childern’s Weekend. Mereka akan dihiburkan dengan kehadiran karakter kegemaran Live Marvel Avengers Show dan The Minions Musical Experience
Tidak lupa juga hiburan bagi orang dewasa pada minggu Food, Wine and Jazz.
Kemuncak bagi festival ini adalah clog terbesar yang diperbuat daripada kayu kerjasama dengan artis renowned chainsaw antarabangsa, Robbie Bast. Pengunjung berpeluang untuk mengambil gambar kasut rekod dunia di festival ini!
Tiket boleh dimiliki di http://tulipfestival.com.au.
Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.visitmelbourne.com atau ikuti media sosial dengan menggunakan #visitmelb di antara akaun ini:
Facebook: visitmelbourne
Instagram: @visitmelbourne
Twitter @melbourne