SK-II telah melalui satu evolusi daripada teknologi Stempower kepada inovasi terkini teknologi anti-penuaan melalui rangkaian R.N.A. (Radical New Age) Power.
Asas kepada rangkaian baru ini ialah Pitera™ X R.N.A. (Radical New Age) Complex, yang mensasarkan kawalan keanjalan bagi mendapatkan keanjalan menegak dan melintang dengan mempermudakan kulit dan menggalakkan sintesis protein dalam setiap sel dan lapisan kulit.
Radical New Age Complex
Pelembab paling laris SK-II telah dipertingkatkan dengan teknologi anti-penuaan terbaharu untuk mengatasi bukan sahaja masalah penuaan, malah merawat 10 tanda penuaan. Ia termasuk kehilangan keanjalan, kekeringan, garis halus dan kedutan, kekuningan, kurang daya tahan, liang pori ketara, kulit menggeleber, kurang seri dan kehilangan bentuk raut wajah.
Dengan teknologi Radical New Age Complex, liang pori menjadi kurang kelihatan dalam masa 1 hari. Dalam masa 10 hari, kesemua 10 tanda penuaan menjadi semakin baik dan mendapat lebih keanjalan berbanding kehilangan keanjalan yang mungkin anda hilang dalam masa 15 tahun.
R.N.A. Power Radical New Age Essence
Sekiranya pelembab adalah elemen penting dalam rejimen anti-penuaan, maka R.N.A. Power Radical New Age Essence menjadi benteng pertama masalah penuaan. Ia telah direka untuk mengurangkan tanda penuaan, mensasarkan liang pori dan tekstur kulit secara khusus.
Hasilnya, bermula selepas 1 hari, pengguna akan merasai kulit yang lebih anjal dan liang pori yang semakin kurang kelihatan. Dalam tempoh 10 hari, ia akan menghasilkan kulit yang tiada liang pori, anjal dan berseri.
Harga & Pasaran
Produk R.N.A Power berikut boleh didapati di kaunter SK-II seluruh negara mulai Ogos 2015.
R.N.A. Power, 50g, 80g, 100g RM373, RM561, RM599
R.N.A. Power Essence, 30ml, 50ml, 75ml RM419, RM606, RM862