Tango I te moenga – bermaksud tidur sebentar dalam bahasa Maori
Snooze KL menyambut kedatangan pengunjung dengan penuh terbuka, tidak kira jika untuk satu jam, mahupun berjam lamanya, ini merupakan destinasi bagi pelancong yang inginkan kediaman sementara yang selesa semasa menunggu penerbangan yang tergendala.
“Kami bercadang untuk membuka Snooze KL ini kerana, kami suka akan budaya, makanan dan paling penting sekali, penduduk tempatannya,” kata Pengasas dan Usahawan Snooze KL, Wetini Mitai.
Mempunyai 13 buah bilik. Bilik ini memuatkan dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Selain itu, ia dilengkapi dengan kemudahan seperti katil dua tingkat, wifi, telefon, ruang cas, mesin cetak, fax dan fotokopi dan boleh dimuatkan lagi dengan bagasi.
Snooze KL terletak berdekatan dengan pintu G4 dan G6, di mana transit International Contact Pier Area di KLIA berlaku.
Selain walk-in, tempahan secara dalam talian juga dialu-alukan.
Menurut Sleepinginairports.net, KLIA di nobatkan di tangga kelima.
Tertidur di bangku kerusi di lapangan terbang timbul ketidakselesaan bagi pelancong terutama sekali jika bersama keluarga dan barang yang berharga.
Dengan adanya Snooze KL, pelancong tidak perlu risau dan diberi peluang untuk alami sesuatu pengalaman yang unik walaupun berada di lapangan terbang KLIA.
Selanjutnya, layari www.snoozekl.com.