Hilangkan Whitehead Dan Blackhead Dengan 3 Bahan Sahaja!

Pernah atau tidak apabila sentuh muka, lepas tu kata kepada diri sendiri “Macam kertas pasir je muka ni.”? Blackhead dan whitehead yang melekat di muka anda itu mungkin salah satu penyebabnya.

Jangan biarkan ia menjadi penghalang kepada anda untuk tampil konfiden, kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya! Dan kali ini hanya tiga bahan sahaja yang akan menghilangkan whitehead dan blackhead anda itu.

Elakkan pembaziran dan berjimat dengan hanya menggunakan tiga bahan iaitu lemon, air dan garam. Mudahnya!

IKLAN

http://media.mnn.com/
http://media.mnn.com/
  • 1 sudu besar garam laut
  • 1/2 sudu kecil jus lemon
  • 1 sudu kecil air

Campurkan kesemua bahan ini dan gaulkan ia sehingga sebati di dalam mangkuk. Selepas itu ambil sedikit dan letakkan ia di muka anda. Buat putaran di muka selama 2 hingga 4 minit sahaja, selepas itu basuh dan bersihkan dengan pencuci muka harian anda.

Tip tambahan: Jangan lakukan lebih daripada dua kali dalam seminggu!

SUMBER

ARTIKEL BERKAITAN