Untuk memberi inspirasi kepada wanita, Clinique telah melancarkan kempen #FaceForward dengan meraikan 3-Step Skincare System dengan tiga pengaruh global, Tavi Gevinson, Margaret Zhang dan Hannah Bronfman.
Atas sebab itu, #FaceForward menggalakkan anda untuk melihat ke arah masa depan, menetapkan matlamat dan mencapai aspirasi anda sendiri.
Dari dunia fesyen, gaya hidup, kesihatan dan seni, Tavi Gevinson, Margaret Zhang dan Hannah Bronfman telah melakukan perkara yang besar pada usia yang muda malah mereka ini tidak takut untuk memecah sempadan. Mereka bekerjasaman dengan Clinique untuk memberi motivasi kepada wanita di seluruh dunia.
Clinique memberi inspirasi kepada individu untuk mengharungi kehidupan dan mencuba sesuatu yang baru. Clinique juga menjemput anda untuk menyertai pergerakan #FaceForward dan membuat janji untuk masa depan!
Apa yang perlu anda lakukan adalah tag nama anda sendiri dan menyatakan janji anda berserta hashtag #FaceForward di media sosial. Jangan lupa beritahu rakan anda untuk menyertainya! Untuk maklumat lanjut mengenai kempen, anda boleh ke Face Forward.