Tidak mahu kulit terlalu terdedah kepada sinaran UV? Bimbang apabila usia makin meningkat, kulit anda anda mungkin kehilangan kelembapan, kusam malah tidak bermaya?
Saranari mempunyai satu siri tujuh produk penjagaan penuaan yang menggabungkan penyelidikan berkesan dari Menard yang meliputi semua langkah-langkah penjagaan kulit yang diperlukan untuk kekal muda.
Saranari mahu anda mengalami pengalaman miliki kulit yang licin dan tegang. Ianya mempunyai tekstur yang lembut dan mudah disapu juga wangian yang menyenangkan dari bunga mekar segar.
Menariknya tentang Menard Saranari, bahan utamanya adalah dari ekstrak Casa Blanca Lilies, ekstrak yang berasal dari tunas muda kecil yang baru tumbuh, yang amat berkesan untuk anti-penuaan.
Intipati tunas muda yang kuat dan memberi faedah yang mencerminkan misi Menard untuk menghormati alam semula jadi dan menyumbang kepada masyarakat melalui kemajuan kecantikan. Dibangunkan secara bebas, ekstrak semula jadi Casa Blanca bukan sahaja untuk kecantikan tetapi juga untuk kesedaran ekologi.
Beli Saranari Lotion (130ml) dan Saranari Emulsi (90ml) pada harga RM480 dan RM440 masing-masing. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Menard dan produk Saranari baru, layari menard-cosmetics.com