Satu lagi tempat yang boleh anda pergi dan penulis pasti anda akan rasa teruja kerana tempat ini sangatlah cantik dan menenangkan dengan rekaan seni bina yang menarik seperti berada di rumah.
The Hut, tempat penginapan yang terletak di Kampung Serkam – 25 km ke selatan Bandar Melaka dan 5 km ke utara Bandar Merlimau ini menampilkan konsep kampung yang cukup menenangkan sekali. Luarannya tradisional tetapi dalaman pula tampil moden, cukup selesa.
The Hut, bukan sahaja sesuai untuk rakan-rakan tetapi anda boleh bawa sekali keluarga dan saudara-mara. Ianya mesti menjadi salah satu destinasi ‘escapism’ hujung minggu ramai orang yang mahukan ketenangan dan kedamaian dari hiruk-pikuk kota.
Info ringkas The Hut –
- The Hut mempunyai 5 buah bilik yang boleh disewakan secara berasingan atau kelima-lima bilik sekali.
- Menyediakan dapur dan ruang tempat makan boleh digunakan mana-mana in house guest.
- Kemudahan yang disediakan adalah – dapur untuk memasak, microwave, peti sejuk, BBQ pit dan sarapan asas – roti, butter, jam, kopi dan teh secara percuma.
- Tilam tambahan : RM10 / set / night (Tilam + bantal + selimut)
- Boleh sewa basikal dan terkini mempunyai pool, membolehkan anda seisi keluarga mandi-manda.
Rate bilik adalah seperti berikut –
- Musim biasa : Hari kerja RM160, hujung minggu RM180
- Cuti sekolah & cuti umum Malaysia : Hari kerja RM180, hari minggu RM200
Terletak berhampiran Medan Ikan Bakar Serkam (500 m), Medan Ikan Bakar Umbai (7 km) dan institusi-institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Merlimau (6 km) dan UiTM Jasin (15 km).
Jadi, jika anda ingin booking atau pertanyaan lanjut, anda boleh ke Facebook www.facebook.com/