Untuk tahun yang keempat ini, KLFW sekali lagi menganjurkan pentas peragaan fesyen terkemuka di Malaysia dengan menampilkan lebih daripada 80 pereka tempatan yang terkemuka dan yang sedang meningkat naik.
Dianjurkan oleh Andrewsmodels, KLFW diilhamkan dengan bertujuan untuk membangunkan industri fesyen Malaysia dan menyediakan platform kepada pereka baru untuk lebih dikenali.
Acara gilang-gemilang yang akan berlangsung selama lima hari tersebut juga akan mencipta satu platform untuk pembeli dan media untuk mengetahui apakah trend terkini di pasaran tempatan dan pasaran serantau.
Untuk koleksi House of Doll by Nur Fazura, 32 pakaian rekaan Fazura ini semuanya tentang kilauan daripada manik-manik, renda dan gaun petang.
Antara pilihan kegemaran oleh Team Wanista adalah:
Koleksi ini memaparkan jiwa dan gaya Fazura, dan yang pastinya sesuai untuk digayakan ke pelbagai majlis.
Ikuti perkembangan koleksi House of Doll oleh Fazura di Instagram atau dapatkan koleksi ini di butik fizikal House of Doll di No. 10, Ground Floor, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur.