Syarikat kesihatan mata global, Bausch + Lomb memperkenalkan inovasi bio terbaru, Biotrue® ONEday, kanta lekap pakai buang harian premium. Diinspirasikan oleh mata manusia sendiri, kanta Biotrue® ONEday diperbuat daripada HyperGel ™, satu inovasi yang menggabungkan hidrogel konvensional dengan hidgrogel silikon yang bakal menjadi bahan pakai buang harian generasi akan datang.
Diinpirasikan oleh mata manusia sendiri, kanta Biotrue® ONEday oleh Bausch + Lomb mengandungi 78% kelembapan; bersesuaian dengan kornea manusia. Permukaan luar kanta ini direka menyamai lapisan lipid air mata, yang menghalang dihidrasi kanta sambil menghantar jumlah oksigen yang sama dengan keperluan mata terbuka. Ini membolehkan mata bernafas untuk menjadikan ia selesa, sihat dan berwarna putih selama lebih 16 jam, mengatasi jenama kanta lekap paling laris di negara ini.
Biotrue® ONEday ditambah dengan perlindungan UV untuk melindungi mata daripada sinaran ultralembayung (UV) yang boleh menyebabkan kerosakan mata untuk jangka panjang.
Kanta lekap Biotrue® ONEday, berharga RM 125 sekotak yang mengandungi 30 keping dan boleh didapati mulai 10 Ogos 2015 di semua kedai optikal di seluruh negara. Biotrue® Multi-Purpose Solution boleh didapati dalam pak berkembar (355mlx2) berharga RM61.50.
Kempen Facebook ‘Bausch + Lomb Care for Your Eyes’
Sempena pelancaran kanta lekap Biotrue® ONEday di pasaran Malaysia, Bausch + Lomb juga akan mengadakan kempen viral Facebook ‘Bausch + Lomb Care for Your Eyes’ mulai 11 Ogos hingga 30 September. Ia adalah ‘Senaman Mata’ mudah untuk membantu otot mata anda menjadi lebih fleksibel. Apabila anda membuat senaman mata, ia membantu untuk menguatkan otot dan meningkatkan tumpuan.
Peserta boleh merakamkan versi senaman mata ‘tromboning’ mereka sendiri dan memuat naik ke halaman Facebook, #BauschAndLombMalaysia & #careforyoureyes dan mencabar tiga rakan lain untuk melakukan perkara yang sama. Setiap video yang dimuat naik sepanjang kempen dua bulan itu, Bausch + Lomb akan mendermakan sebanyak RM5 kepada Persatuan Orang Buta Malaysia (Malaysia Association for the Blind). MBA menyediakan perkhidmatan dan peluang dalam pembabitan dan integrasi dalam masyarakat selain menggalakkan pencegahan menjadi buta.