Pada 31 Ogos ini, Malaysia akan menyambut hari Kemerdekaan yang ke-58. Sambutan yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia ini akan diteruskan sehingga Hari Malaysia pada 16 September 2015.
Apa kata kita raikannya dengan penuh gaya bersama Reebonz. Sebagai satu perubahan, kita mungkin boleh menyerlahkan semangat patriotik di lengan atau bahu kita?
Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang memiliki rekaan yang bersifat moden dan klasik. Warna merah, putih, biru dan kuning yang terang boleh dipadankan dengan mudah untuk dijadikan sebahagian daripada warna pakaian harian anda. Apabila digabungkan dengan pakaian sepenuhnya, ia memang boleh menyerlahkan rasa kecintaan anda kepada negara.
Reebonz (disebut sebagai ‘ribbons’), merupakan destinasi membeli-belah online untuk membeli dan menjual rangkaian terluas jenama mewah yang dipercayai dengan pilhan mengagumkan yang terdiri daripada beg tangan, kasut, barangan kulit kecil dan barangan kemas untuk menyempurnakan penampilan anda untuk menyambut hari Merdeka atau hari Malaysia secara bergaya.
Kemewahan datang dalam pelbagai peringkat dan di Reebonz, harga Online sebelum ‘promosi’ adalah sentiasa lebih menarik daripada harga runcit yang disyorkan di butik-butik berjenama terkenal. Untuk nilai terbaik di Reebonz, beri perhatian kepada item kegemaran anda apabila mereka pada harga rendah, di dalam jualan khas, di jualan penghabisan atau apabila ia adalah item yang terakhir yang ada. (lihat lampiran kami untuk contoh serendah harga).
Demi membantu anda membuat pilihan, Reebonz telah menyenaraikan trend-trend utama untuk musim Luruh/Sejuk 2015 serta warna Jalur Gemilang bagi membantu anda meraikan Hari Kemerdekaan dengan penuh gaya.