Bila sakit tekak ataupun batuk, apa makanan yang biasa kita ambil? Bubur mungkin? Makanan jenis air seperti sup? Ini 5 cadangan makanan untuk orang yang batuk dan sakit tekak mesti anda ikut.
1. Makanan & buah-buahan yang mudah ditelan
Makan makanan yang mudah ditelan seperti bubur, buah yang lembut macam pisang ataupun betik, sayur lembut, yogurt dan pelbagai lagi.
2. Jangan makan makanan yang keras
Cuba elak daripada makan makanan yang keras seperti keropok, buah epal ataupun kuih yang keras. Hal ini kerana tekak anda akan mula terasa gatal dan menyebabkan anda batuk. Seterusnya akan meningkatkan keradangan pada tekak.
3. Elak makanan bergoreng
Makanan bergoreng juga tidak disarankan kerana ianya juga keras malah berminyak. Jadi, untuk mudah, masak sup atau rebus lebih baik.
4. Elak makanan pedas
Makanan yang pedas, terlalu berempah/tinggi MSG, terlalu manis atau masam, juga boleh melambatkan proses penyembuhan.
5. Jauhi makanan yang terlalu sejuk
Untuk pengetahuan anda, ais krim atau air sejuk boleh melegakan tekak asalkan tidak terlalu sejuk dan manis. Sup ayam atau minuman yang suam boleh melegakan dan mengurangkan keradangan pada tekak.
[SUMBER]