Casio Malaysia mengumumkan akan menjadi rakan kongsi kepada pembekal jam taraf antarabangsa, Cortina Watch.
Selepas mendapat maklum balas yang memberangsangkan tentang keluaran G-SHOCK MRG-G1000, pengguna diberi peluang untuk membuat pre-order di kedai Cortina Watch di Fahrenheit 88 bermula 1 September 2015.
Ciptaan jam yang maju dan esklusif ini bakal terletak di carta atas jam premium G-Shock.
Direka hingga mencapai kesempurnaan oleh Casio Master Craftsmen di Yamagata, Jepun menggabungkan material yang tahan lama dan kualiti yang tinggi.
G-SHOCK MRG-G1000 boleh didapati dalam warna kelabu (MRG-G1000B-1ADR) dan perak (MRG-G1000D-1ADR) dengan kuantiti yang terhad!
Harga pasaran adalah RM 13,132 dan RM 11,320 termasuk caj GST.
Pre-order G-SHOCK MRG-G1000
Pengguna yang berminat untuk mendapatkan G-SHOCK ini boleh membuat pre-order di Cortina Watch Fahrenheit 88. 30% cash-deposit dala harga pasaran, tidak akan dapat bayaran balik dan perlu berikan informasi supaya transaksi berjaya. Pelanggan yang berjaya berbuat demikian akan menerima jam tersebut pada 1 Oktober 2015.
Info kedai Cortina Watch Fahrenheit 88:
Alamat: G03, Ground Floor, Fahrenheit 88, No. 179 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Hubungi: +603 2142 1161
Waktu Pembukaan: 10:00 pagi – 10:00 malam setiap hari.