Selepas pembukaan 17 buah kedai yang terletak di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Sarawak dan Sabah, H&M Malaysia dengan bangganya mengumumkan rancangannya untuk mengembangkan lagi di seluruh negara di dua lokasi baru, Kedah dan Perak.
Warga Kedah kini boleh menikmati pelbagai produk dan fesyen H&M dengan mengunjungi lokasi mereka di Aman Central dengan keluasan kira-kira 22,000 kaki persegi. Manakala H&M di Perak terletak di Aeon Klebang, Ipoh yang menjangkau ruang runcit lebih 19,000 kaki persegi.
Kedua-dua cawangan ini akan menawarkan konsep penuh untuk lelaki, wanita, kanak-kanak, remaja, maternity wear dan juga H&M Sport untuk konsep sukan.