• Latest

Kolaborasi Unggul : Produk Penjagaan Badan NIVEA x Fesyen Sofistikated ZALORA

August 28, 2015
Foto - Quora

Suka Ke Menyampah? Kenali Jenis-Jenis Manja Seorang Perempuan

February 27, 2021
Foto - Telegram / Hello Doktor

Tukar Menu Bubur Biasa Kepada Bubur Lambuk Versi Bayi

February 27, 2021
Foto - Pinterest

5 Warna Kacang Ajaib Ini Bagus Makan, Untuk Jaga Kesihatan Diri

February 27, 2021
Foto - IKEA

IKEA Keluarkan Merchandise Hoodies Hingga Botol Air, Sumpah Cun!

February 26, 2021
Foto - Pinterest

Cuaca Panas Lit-Lit, 7 Resepi Air Sesuai Minum Sebagai Penghilang Dahaga

February 26, 2021
Foto - iStock

Elak Anak Tidur Sambil Hisap Botol Susu Kalau Tak Mahu…

February 26, 2021
Foto - Freepik

Katanya 4 Zodiak Ini Paling Susah Nak Percaya Orang

February 26, 2021
Foto - The Mirror

Belum Kahwin Dah Ada Baby Bump, Curi 10 Minit Setiap Hari Perut Buncit Hilang!

February 26, 2021
Foto - Asia Tatler / Asia One

9 Watak Ini Yang Paling Bergaya Dalam K-Drama 2020

February 26, 2021
Foto - Japan Objects

Usia Tua Tapi Muka Nampak Belasan Tahun, Ikut Tips Anti-Penuaan Ini

February 26, 2021
Foto - WBFF

Kenapa Vaksin COVID-19 Perlu Ambil Sehingga 2 Dos?

February 26, 2021
Foto - ABC7/Stereogum

Ngeri Penjaga Anjing Lady Gaga Kena Tembak

February 26, 2021
Saturday, February 27, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home News

Kolaborasi Unggul : Produk Penjagaan Badan NIVEA x Fesyen Sofistikated ZALORA

by Ayu Nadirah
August 28, 2015
25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Apa agaknya yang akan berlaku apabila jenama penjagaan badan terbesar dunia dipertemukan dengan pendahulu destinasi fesyen dalam talian Asia? Kami yakin kombinasi epik ini bakal memberikan kehebatan fesyen kepada setiap wanita. Jom ketahui dengan lebih lanjut.

Pada awal 2015, NIVEA telah bekerjasama secara eksklusif bersama pakar fesyen cut-out antarabangsa, Adam Saaks. Beliau diterbangkan dari Amerika Syarikat ke Malaysia demi menjayakan pertunjukan fesyen NIVEA Flaunt it, Fair & Firm yang begitu menakjubkan.

Sebagai langkah kedua yang didekasikan terhadap keraian fesyen cut-out, NIVEA kini melaksanakan kolaborasi bersama ZALORA di seluruh negara!

Fesyen dan kecantikan saling berkait rapat. Ia merupakan impian setiap wanita agar bebas memilih apa sahaja pakaian yang ingin digayakan, tanpa dibebani keresahan tentang penampilan kulit. Kondisi kulit yang baik akan menyempurnakan stail fesyen seseorang sekali gus mencipta gaya hebat yang mencuri perhatian. Bagaimanapun, wanita sering menjadikan fesyen sebagai alternatif bagi menyembunyikan kecelaan pada kulit mereka termasuk menutup bahagian-bahagian yang tidak mereka senangi. Antara ciri-ciri kulit idaman adalah memiliki kulit cerah dan anjal. Kulit yang cerah merupakan dambaan paling popular dalam kalangan wanita Asia manakala memiliki kulit yang anjal pula mengembalikan keremajaan seseorang.

Pencapaian hebat dalan penjagaan badan, rangkaian NIVEA Whitening & Firming bakal memenuhi keinginan setiap wanita yang mendambakan kulit yang cantik, cerah dan anjal. Ia merupakan produk penjagaan badan yang diinovasi bersama kombinasi 95% Vitamin C asli dan formulasi Q10 yang memberikan penyelesaian terbaik menerusi ciri-ciri antikedutan, antioksidan dan meningkatkan sel tenaga bagi menjadikan kulit lebih anjal.

Rangkaian NIVEA Whitening & Firming merupakan solusi terhadap kebimbangan fesyen golongan wanita. Menerusi kolaborasi bersama ZALORA, NIVEA membantu setiap wanita memenuhi impian kecantikan dan fesyen mereka dengan membolehkan mereka menonjolkan kulit yang sempurna penuh keyakinan dalam gaya fesyen cut-out yang sofistikated. Rekaan tanpa sempadan itu membolehkan wanita menyerlahkan kesempurnaan dan kecantikan kulit mereka dalam kepelbagaian gaya yang menarik dan mengujakan. 

Di sini kami ingin kongsikan beberapa idea fesyen terbaik dari helaian cut-out ZALORA yang boleh anda gayakan bersama produk losyen badan NIVEA yang bersesuaian. Gandingan ini bakal menyerlahkan lagi penampilan anda, sekaligus memberikan keyakinan diri yang luar biasa. Jom lihat!

GAYA #1

1

Ingin tampil dengan gaya seksi yang mendedahkan bahagian belakang tubuh untuk ke majlis makan malam istimewa ataupun parti, tetapi khuatir dengan tona kulit yang tidak sekata? Nah, produk NIVEA Instant White Firming Body Serum boleh membantu anda mendapatkan kulit yang cerah dalam hanya satu aplikasi. Sapukan produk ini pada badan sebelum anda menggayakan dress seksi, pasti imej seksi dan menggoda akan lebih terserlah!

GAYA #2

2

Sekiranya gaya konservatif dan klasik lebih mencerminkan diri anda, dress labuh dan menutup keseluruhan tangan ini sangat sesuai untuk anda gayakan ke majlis-majlis tertentu. Dengan NIVEA Extra White Firming Body Lotion, anda kini boleh mendedahkan kulit yang cerah dan anjal melalui fesyen “peek-a-boo”.

GAYA #3

IKLAN

3

Bosan dengan dress kosong yang biasa? Tambahkan sedikit kilauan pada stail anda dengan dress seperti in. Sebelum menggayakannya, jangan lupa untuk aplikasikan aksesori kulit anda menggunakan produk NIVEA Instant White Firming Body Lotion yang berkuasa memberikan impak kulit lebih cerah dalam hanya satu aplikasi sahaja.

GAYA #4

4

Buat anda yang berani dalam berfesyen, anda boleh cuba menggayakan ruffle dress yang pendek ini untuk ke majlis makan malam ataupun berparti bersama rakan-rakan. Pasti anda akan kelihatan jauh lebih muda dari usia sebenar! Padankan gaya ini dengan NIVEA Night White Firming Body Serum yang akan meremajakan kulit anda pada waktu malam, memberikan anda kulit yang lebih cerah dan lebih anjal.

GAYA #5

5

Bunga-bungaan sememangnya banyak dikaitkan dengan kaum wanita. Tidak salah rasanya untuk anda tampil bergaya dengan dress corak bunga sekali-sekala seperti gaya ini. Anda boleh menggayakannya ketika menghadiri makan tengah hari kasual mahupun keluar bersama rakan-rakan. Sempurnakan gaya menarik dan feminin ini dengan NIVEA Extra White Firming Body Serum yang sesuai untuk semua jenis kulit, dan berkuasa memberikan kulit yang lebih cerah dan anjal dalam hanya 14 hari.

GAYA #6

6

Anda juga boleh cuba menggayakan natural sweetener-Aquamarine cut out dress seperti ini yang tidak pernah lekang dek waktu. Ia akan sentiasa memberikan imej manis dan feminin kepada si pemakai. Jangan lupa padankannya dengan NIVEA Anti-Age White Firming Body Serum yang akan mengekalkan kecerahan, keanjalan dan keremajaan kulit anda, seperti dress ini.

Bersempena dengan kolaborasi istimewa ini, NIVEA juga akan memberi baucar ZALORA bernilai RM10 kepada pelanggan yang membeli pek losen NIVEA Whitening & Firming bernilai RM25.30. Pelanggan kemudiannya dapat membeli helaian cut-out pilihan mereka dari ZALORA.

Tumpuan fesyen paling mencuri perhatian seseorang semestinya datang dari kulit yang sempurna dambaan ramai. Dengan kulit yang cerah dan anjal, golongan wanita mampu menyerlahkan kulit mereka dalam helaian fesyen cut-out. Malah mereka juga akan kelihatan menawan dalam apa jua rekaan cut-out sekiranya memiliki kulit yang sempurna. Memandangkan kecantikan kulit adalah penyempurna gaya, golongan wanita kini mampu menggayakan apa sahaja pakaian mengikut keinginan mereka dengan penuh bangga dan keyakinan.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, anda boleh berkunjung ke laman Facebook NIVEA Malaysia di https://www.facebook.com/mynivea atau layari laman YouTube NIVEA Malaysia bagi menonton perjalanan Kempen Flaunt It, Fair & Firm melibatkan Adam Saaks di https://www.youtube.com/user/MalaysiaNIVEA.

Rangkaian NIVEA Whitening and Firming boleh didapati di semua farmasi, pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan semua kedai runcit di seluruh negara.

Tags: fesyenkolaborasi NIVEA dan ZALORAniveapenjagaan badanZalora
Share1Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Kolaborasi Unggul : Produk Penjagaan Badan NIVEA x Fesyen Sofistikated ZALORA

Rahsia Untuk Kekal Sihat, Cantik Dan Gembira Dengan HappyFresh!

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.