Seekor kucing mengejutkan pelayar laman sosial apabila dirakam mampu bercakap dengan menyebut perkataan seakan kedengaran no more.
Video yang dirakam dan dimuat naik oleh seorang pengguna Youtube, David Savage menarik perhatian ramai hingga ditonton lebih sejuta orang.
Menerusi video itu, kucing berwarna coklat tersebut dilihat tidak selesa dimandikan dalam sebuah singki besar.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba kucing tersebut kedengaranmeniru perkataan yang disebut pemiliknya iaitu no more.
Tidak henti setakat itu, kucing yang dipercayai dirakam di Amerika Utara ini berjaya menyebut perkataan no more berulang-ulang kali.
Tidak pasti, sama ada benar atau tidak kucing ini bercakap, namun kebolehannya mengiau dengan menyebut no more memikat hati ramai.
Berikut adalah pautan video mengenai kucing ini: