Isnin hingga Jumaat sudah penat bekerja malah terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk diri sendiri, jadi tak salah kalau hujung minggu dihabiskan di tempat yang menenangkan malah dengan dekorasi yang cukup indah dan menarik, kiranya destinasi pelancongan paling popular di Malaysia.
Untuk meringankan kerja anda, penulis telah menyenaraikan beberapa percutian Airbnb yang paling sempurna yang langsung tidak memerlukan passport. Serius anda pasti akan enjoy bila ke sana.
1. Kuala Lumpur
Tidak ada cara yang lebih baik untuk menikmati percutian daripada mempunyai kemudahan bandar dan suasana yang santai dengan sebuah kampung di satu tempat. Rumah Melayu klasik yang terletak betul-betul di pusat bandar Kuala Lumpur yang indah diubahsuai dengan intipati tradisi Melayu ini patut anda cuba.
Lokasi – Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Harga – RM236/1 malam
Airbnb Listing Page – Classic Malay Home in Central KL
2. Pulau Pinang
Santai dan menyeronokkan, sama seperti lokasi ini. Rumah kedai warisan yang diubahsuai di tengah-tengah Georgetown mampu menambatkan hati pelancong yang datang ke situ. Dengan campuran rustic industrial, happy chic dan seaside chill, dengan sedikit rona pelangi di ruangan mini bar cukup memberikan senyuman.
Lokasi – Georgetown, Penang, Malaysia
Harga – RM430
Airbnb Listing Page – The 3rd Street – Heritage Shophouse
3. Perak
Jika anda seorang pencinta warisan klasik Cina, mungkin ini sesuai dengan citarasa anda! Loteng dimodenkan tetapi kekal tradisional dengan penggunaan beberapa perabot kayu jati dan jendela kaca Marseille. Dengan lokasi yang strategik di Ipoh Old Town, memberikan anda akses mudah kepada kedai-kedai makan disekeliling.
Lokasi – Ipoh, Perak, Malaysia
Harga – RM238/1 malam
Airbnb Listing Page – Cool Attic Loft @ ArtDeco IpohOldTown
4. Melaka
Bagi anda yang mencari tempat penginapan seperti berada di rumah, ini terbaik untuk anda! Terletak di kawasan yang tenang di Ujong Pasir, hanya lapan hingga sembilan minit dari Jonker Walk dan A’Famosa, homestay yang diilhamkan moden menempatkan sehingga enam pax – sesuai untuk lawatan keluarga.
Lokasi – Ujong Pasir, Melaka, Malaysia
Harga – RM380/1 malam
Airbnb Listing Page – Lorong One Malacca
5. Johor
Dilengkapi dengan dekorasi serba putih, tersenarai dalam eco-conscious berusaha dalam mengurangkan kesan karbon melalui penggunaan bahan-bahan tempatan dan taman sayur-sayuran organik mereka. Dengan Vegetarian Belgium waffles dihidangkan sebagai sarapan pagi bersama-sama dengan buah-buahan segar dan kopi Liberico menjadikan percutian anda penuh memori.
Lokasi – Johor Bahru, Johor, Malaysia
Harga – RM798/1 malam
Airbnb Listing Page – WholeHouse+SuperBeds+GreatBreakfast
6. Pahang
Dibina pada tahun 70-an, hotel yang menarik ini sebelum ini merupakan rumah kepada sebuah keluarga. Selepas bersara, keluarga tersebut memutuskan untuk membaik pulih rumah lama mereka kepada rumah percutian moden vintaj. Anda tidak perlu bimbang kerana lokasinya terletak berdekatan dengan tempat daya tarikan Cameron Highlands.
Lokasi – Cameron Highlands, Pahang, Malaysia
Harga – RM175/1 malam
Airbnb Listing Page – Kampung house with retro decor
7. Sabah
Terletak di atas sebuah bukit kecil dengan tangga yang menuju sehingga ke pantai terpencil, pondok kecil ini merupakan lokasi terbaik bagi anda yang inginkan ketenangan disamping melihat matahari terbenam, cukup membuatkan percutian anda penuh bermakna.
Lokasi – Kudat, Sabah, Malaysia
Harga – RM525/1 malam
Airbnb Listing Page – Barefoot luxury @ the Tip of Borneo
8. Sarawak
Rumah percutian ini terletak di Kota Samarahan yang direka menarik dan mampu menempatkan lapan tetamu sekaligus. Walaupun sedikit jauh dari bandar Kuching, rumah ini mempunyai banyak kemudahan seperti kolam renang, gimnasium dan pawagam tertutup.
Lokasi – Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
Harga – RM500/1 malam
Airbnb Listing Page – Rucksack Vacation Home -Anne&Sally’s
[SUMBER]