‘Titipan Banduan Muda’ menceritakan tentang perjalanan hidup Shazzwan daripada pusat tahanan juvana sehingga menjadi artis hip hop yang digilap melalui program ‘Talent for the World’ anjuran Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS)
Album sulung penyanyi rap, itu mengandungi 8 buah lagu, termasuk ‘Titipan Banduan Muda’ bersama penyanyi baharu, MAL dan ‘You’re My’ duet bersama pelakon dan penyanyi, Tisha Shamsir.
Album sulungya itu dilancarkan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Sultan Sharafuddin Idris Shah dan kekanda baginda, Tengku Datin Paduka Setia Zatashah di sini hari, menceritakan tentang pengalaman beliau pelajari sepanjang menjalani kehidupan yang ‘gelap’ itu.
“Saya berharap lagu-lagu yang dimuatkan dalam album dapat memberikan inspirasi dan semangat kepada golongan remaja khususnya yang sedang mengalami ujian hidup untuk bangkit dan memperbaiki kehidupan mereka,” kata Shazzwan.
Selepas menjalani program selama 10 tahun bersama mentornya, Yogeswaran Veerasingam atau Yogi B, impian beliau akhirnya menjadi kenyataan dan membuka satu ruang baru di dalam kehidupannya.
Album yang memuatkan lapan buat lagu bergenre hip hop tersebut akan mula dijual pada 4 September ini di kedai musik seluruh negara dan iTunes dari Jumaat (4 September 2015) sehingga akhir bulan.
Peminat juga boleh mengetahui info lanjut tentang Shazzawan di Facebook page di wwww.facebook.com/shazzwan.mss.
Untuk maklumat lanjut tentang YRMS, layari www.yrms.org.my.