Jenama kasut plastik dari Brazil, Melissa Shoes mengumumkan kerjasama khas dengan artis kontemporari dan pereka kasut, Sebastian Errázuriz.
Kasut edisi terhad akan debut di Melissa ‘Galerias’ di seluruh dunia, New York, Sao Paolo dan London. Rekaan kasut inovatif dan berstruktur ini telah diilhamkan daripada sambutan luar biasa ‘Twelve Shoes for Twelve Lovers’ oleh Errazuriz yang dipamerkan di Melissa Pop-Up Shop ketika Miami Art Basel.
Penciptaan koleksi ‘Twelve Shoes for Twelve Lovers’ oleh Errazuriz mempunyai kisah yang menarik kerana ianya ilham daripada 12 orang bekas teman wanita pereka ini sendiri. Beliau membangunkan setiap satunya dengan pencetak 3D, menggunakan plastic strands sebagai cat. Mencampurkan cerita cinta masa lalu dengan jenaka, kecerdasan dan telitian fabrik, Sebastian Errázuriz menukar bekas kekasih dan perasaan yang dibangkitkan oleh mereka kepada ukiran indah dan berfungsi.
Pameran di kedai Melissa Pop-Up merupakan satu kejayaan besar dan Melissa memutuskan untuk menghasilkan edisi khas dan terhad dua daripada dua belas kasut ukiran: “Gold Digger” (menyerupai bentuk manusia sebagai tumit kasut) dan “The Boss” (menyerupai brass knuckles).