China sekali lagi memberi kejutan dan kali ini trend meletakkan pucuk palsu di atas rambut mereka mungkin adalah idea yang bernas, mungkin.
Ya! Meletakkan pucuk palsu atau dalam bahasa Inggerisnya, fake sprouts sangat trending di China sekarang ini!
Tiada sebarang proses penanaman berlaku, tetapi pucuk palsu ini diperbuat daripada aksesori rambut sama seperti cekak dan lain-lain.
Trend yang bermula di Beijing ini menjadi perhatian orang ramai dan ingin menjadi sebahagian daripada memakainya juga!
Klip rambut ini bukan sahaja terdapat dalam pucuk hijau yang biasa, tetapi ada juga yang ditambah dengan bunga yang mekar.
Mari saksikan gelagat warga China mengenakan trend ini! :
Tidak kira muda atau tua, tiada siapa yang malu untuk menjadi sebahagian daripada trend ‘sproutheads’ ini!
Sementara sebab tentang trend ini tidak beberapa pasti, beberapa media mengatakan aksesori rambut ini diinspirasikan dari karakter di dalam rancangan televisyen anime China “Pleasant Goat dan Big Bad Wolf”.
Ada juga pihak lain yang mengatakan trend ini bermula daripada konvensyen cosplay.
China dikenali dengan trend yang ‘pelik’ dan dikenali di seluruh dunia, antara trend diingati adalah memegang pusat daripada belakang mahupun meletakkan duit syiling di tulang selangka.