Kini heboh apabila satu video seks yang menyerupai penyanyi Rap dan personaliti TV popular Korea, Kang Gary mula tersebar malah menjadi buah mulut orang ramai yang kononnya ahli Running Man itu terlibat melakukan aksi melampau.
Walaubagaimanapun, ia dinafikan oleh wakil penyanyi itu yang berkata, selepas diamati rakaman video itu, ia bukan Gary seperti mana yang hangat diperkatakan. Jurucakap Gary melaporkan, perkara itu dapat dibuktikan melalui tatu pada lengan penyanyi tersebut.
“Kalau dilihat pada lengan pelakon video itu, kelihatan tatu pada lengan sebelah kiri manakala Gary mempunyai tatu pada lengan kanan. Walaupun lakarannya sama, namun lakaran tatu pada lengan Gary adalah lebih kecil.
“Gary adalah mangsa keadaan. Mungkin timbul banyak salah faham mengtenai video seks itu jadi sebaiknya-baiknya dia (Gary) mahu kuburkan sahaja kisah itu,” ujar jurcakap penyanyi tersebut.
Semasa video itu tersebar, Gary tidak banyak memberikan maklum balas namun ramai yang menuduh individu berkenaan adalah Gary.
Wakil penyanyi itu turut mendedahkan, seorang individu yang mengaku melakonkan adegan seks berkenaan telah menghubungi syarikat pengurusan artis tersebut dan melahirkan rasa simpati kerana Gary dituduh terlibat.
Sementara itu, Gary akan berada di Kuala Lumpur bagi memeriahkan sekaligus bertemu peminat di Matta Fair 2015 bertempat di PWTC, pada 5 September ini.
[SUMBER]