Bagi anda yang ingin ke Hong Kong, boleh berbuat demikian kerana kini terdapat promosi tambang murah ke sana.
Kini, Hong Kong Tourism Board (HKTB) telah menambah nilai pembelian pakej Hong Kong untuk rakyat Malaysia dengan faedah bonus seperti tiket kemasukan percuma ke 3D Musuem atau Madame Tussauds dan lawatan ke bandar dengan Hong Kong Big Bus Tours atau ke di Cheung Chau ketika MATTA 2015.
Malah, bagi keluarga yang ingin membawa anak-anak berjalan semasa cuti sekolah akhir tahun, Hong Kong Disneyland kini menawarkan Buy One Get One Free Dinner Combo Coupon. Begitu juga, pengunjung Ocean Park Hong Kong akan menerima kupon Crispy Fried Chicken bernilai RM24, tag bagasi bersama kupon perbelanjaan bernilai lebih RM195.
Mula merancang percutian akhir tahun anda dan jadi 1,000 pelawat MATTA pertama untuk membeli mana-mana pakej pelancongan Hong Kong semasa pameran tersebut untuk menebus pek selamat datang eksklusif bernilai RM120 di booth HKTB 1137-1148 di Dewan 1.
Memperkayakan pengalaman Hong Kong anda, pelawat digalakkan untuk memuat turun aplikasi mudah alih My Hong Kong Guide malah mendapat peluang untuk memenangi sepasang tiket Cathay Pacific Premium Economy Class Return Tickets to Hong Kong dan cenderamata “I Love HK”. Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk menyelidik dan merancang jadual perjalanan mereka ke Hong Kong, sambil berkongsi dengan rakan-rakan melalui media sosial.
Sempena sambutan ulang tahun kesepuluh Hong Kong Disneyland, persembahan pentas baru “Mickey and the Wondrous Book” akan ditayangkan pada bulan November. Pengunjung MATTA mempunyai keutamaan eksklusif dalam membeli tiket persembahan utama daripada ejen dipilih.
Untuk info lanjut, anda boleh ke Discover Hong Kong.