Duchess & Co merupakan label fesyen Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Wendy Tai, Phang Ju Nn dan Michelle Chong.
Baru-baru ini di pusat membeli-belah Bangsar, Duchess & Co mengadakan peragaan yang mempamerkan dua koleksi yang romantik dan baharu iaitu NOIR dan CZAR (koleksi pengapit pengantin).
Tetamu yang turut hadir memeriahkan persembahan ini adalah Debbie Goh, Jane Chuck, Amber Chia, Patricia Knudsen dan gimnastik negara, Farah Ann Hadi.
Penari kontemporari berjaya menangkap hati penonton pada permulaan program menggambarkan kisah cinta remaja bersama dua protagonis. Tarian ini direka oleh pengasas Duchess & Co sendiri.
Tentang koleksi kedua Duchess & Co
Perincian potongan laser, koleksi NOIR memaparkan fabrik yang berkualiti tinggi dengan material yang tidak strectchable untuk memastikan struktur dan bentuknya tidak berubah.
Daripada skirt dan dress mini, crop tops, corseted tops, skirt fringed dan seluar panjang; electric blue, kelabu dan black hues. Setiap helaian termasuk detail potongan laser, direka dengan teliti oleh Ju Nn sendiri.
Koleksi kedua memaparkan baju pengapit pengantin, CZAR. Pentas peragaan berperawakan seperti raja, diiringi alunan violin elektrik, Dennis Lau.
Koleksi ready-to-wear ini harganya dalam lingkungan RM150 sehingga RM450. Koleksi NOIR dan CZAR akan berada di butik pada akhir bulan September ini di butik berikut:
- Duchess & Co Bangsar : 17-1, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 KL
- Duchess & Co Penang : Lot 170.01.42 Plaza Gurney, Persiaran Gurney, 10250 Georgetown
Selanjutnya, layari http://www.duchessandco.com untuk mendapatkan rekaan mereka!