Tahun 205 menandakan permulaan masa depan yang menarik untuk KOSE Corporation apabila syarikat menampilkan kisah penuh inspirasi di sebalik dua produk baharu utama daripada jenama berprestij – Infinity Kose dan Cosme Decorte.
Bagi yang menggemari budaya Jepun amat mengenali wain beras, kicap dan miso (pes kacang peram), tetapi adakah anda tahu bahawa semua ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa tambahan Koji?
Koji adalah sejenis spora kulat tertentu yang terdapat pada nasi dan ia mengandungi Asid Kojic, yang merupakan ramuan terpenting dalam beberapa siri penjagaan kulit KOSE termasuk Infinity Kose Realizing White XX dan Cosme Decorte Whitelogist MX.
Akinobu Hayashi, Pengurus Besar, Advanced Cosmetic Research Laboratories di KOSE Corporation menjelaskan bagaimana Asid Kojic berfungsi pada kulit untuk mencerahkan bintik-bintik. “Pigmentasi berlaku kerana beberapa sebab, pendedahan kepada UV, keradangan, perubahan hormon, tekanan, ketidakseimbangan mendalam dan juga gen. Akibat ‘rangsangan’ ini, kita akan mendapat bintik hitam, tompok penuaan, jeragat dan parut radang.
“Tompok-tompok hitam ini adalah disebabkan oleh kesan Tyrosinase yang mengandungi ion tembaga. Apabila kulit kita terdedah kepada sinaran UV, ion tembaga menghantar mesej kepada Tyrosinase untuk mula bertindak, menyebabkan pengeluaran melanin dan pigmentasi. Asid Kojic bertindak dengan berkesan pada bintik-bintik gelap dengan merencatkan ion tembaga sehingga gagal untuk mengaktifkan Tyrosinase. Asid Kojic didapati berkesan dalam mengawal dan mencerahkan empat jenis pigmentasi utama yang dinyatakan sebelum ini,” jelasnya.
INFINITY KOSÉ REALIZING WHITE STICK XX.
Produk ini menghantar bahan pencerah aktif yang diperoleh secara semula jadi, iaitu Asid Kojic ke zon kulit dengan bintik-bintik hitam serta parut melalui serum jenis batang. Eksperimen telah dilakukan berulang kali untuk mendapatkan formula yang disasarkan pada punca tompok pigmentasi dan bintik hitam dengan tepat, dan buat pertama kalinya, KOSÉ menggabungkan minyak yang melekit untuk mewujudkan serum jenis batang ini. Apabila batang serum ini digunakan terus pada zon yang cenderung untuk berjeragat, formula ini akan melindungi kawasan tersebut secara intensif, dengan rumusan yang kaya, bagi menyampaikan Asid Kojic kepada sel-sel akar noda tersebut.
Whitelogist MX
Serum pencerahan di bawah jenama COSME DECORTE. Digabung bersama satu lagi ramuan aktif, iaitu m-CLOSER, dan disalurkan terus kepada melanosit – sel yang menghasilkan pigmentasi yang mengakibatkan bintik hitam. Ia meresap jauh ke dalam kulit untuk menghalang pembentukan bintik hitam dan tetua, seakan kulit menyerapnya, menghasilkan kulit mulus yang berseri serta cerah.