Selama lima tahun rangkaian siri Galaxy Note dicipta, ia disambut meriah bersama rakyat Malaysia semalam di Sunway Pyramid.
Wanista ingin membawa anda ke dalam dunia Galaxy Note sepanjang beberapa tahun Samsung melahirkan telefon pintar bersiri itu.
2011
Bermulanya di IFA, Galaxy Note I dikenali dengan skrinnya yang besar, S pen dan keupayaan untuk multitasking, setiap ciptaannya dikelilingi dengan pengalaman yang berharga.
2012
Penyanyi, penulis lagu dan usahawan Malaysiam Yuna mencipta lagu dan video klip dengan menggunakan animasi di Galaxy Note II sepenuhnya. Lagu bertajuk ‘Sparkle’ boleh dinikmati dengan menekan butang play dibawah:
2013
Seorang pelakon, pengarah dan penyanyi, Aaron Aziz pula bersama team Samsung, memberi inspirasi kepada peminatnya di Malaysia dalam mencapai impian menerusi Note baharu.
2014
Kreativiti dilihat pada tahun ini apabila seorang pengarah, pelakon dan peminat seni, Puan Sri Tiara Jacquelina, pengacara TV, emcee dan penulis, Lynn Lim dan sensasi YouTube, JinnyBoy & Reuben mengangkat fungsi S Pen Note 4 di tahap yang lebih tinggi dari segi produktiviti dan juga penggunaan personal.
Pada tahun 2015 ini, Legasi Note di tahap yang lebih tinggi daripada sebelumnya bagi pengeluaran terbaru iaitu Samsung Galaxy Note5 dan Samsung Galaxy S6 Edge+.
Diraikan dengan penuh gilang gemilang, pengguna Samsung boleh mendapatkan Galaxy Note5 dengan harga pasaran RM2,699 (termasuk 6% GST) dengan dua warna pilihan – Gold Platinum dan White Pearl.
Manakala, Galaxy S6 edge+ berharga RM3,099 (termasuk 6% GST) dengan dua warna pilihan juga – Gold Platinum dan Black Sapphire.
Kedua-dua telefon pintar dengan keluasan sebanyak 32GB akan berada di pasaran dari 4 September dan seterusnya.
Promosi terhad dan selagi stok masih ada!
200 pelanggan terawal yang mendapatkan Samsung Galaxy Note5 atau Samsung Galaxy S6 Edge+ di roadshow akan diberikan Golden Ticket yang memberi peluang untuk potongan setengah harga bagi pembelian kedua telefon tersebut.
Tambahan pula, pengguna setia Samsung, dapat potongan dengan membawa telefon lama jenama (harga bergantung kepada model) Samsung dan juga menikmati diskaun ke atas pembelian Samsung Galaxy Note5 yang baharu.
Dalam kempen aksesori, Samsung memberi ganjaran kepada pelanggan setia dengan *11,300mAh pek bateri dan cas wireless (bernilai RM538) dengan setiap pembelian Samsung Galaxy Note5 atau Samsung Galaxy S6 Edge+ semasa roadshow.
*sementara stok masih ada.
Ketahui maklumat lanjut tentang telefon pintar ini dengan ikuti laman web www.samsung.com.my