Jika anda merancang untuk melawat Kuala Lumpur dalam masa terdekat, kunjungi “China Town Kuala Lumpur” di Petaling Street!
Ketika anda sibuk melawati satu per satu kedai yang pelbagai dengan makanan dan minuman yang pasti akan segarkan anda.
Tetapi jika anda mencari sesuatu yang unik dan masih lagi membawa cita rasa makanan ke dalamnya, berehat seketika di lapan kafe yang menawarkan sedemikian.
Perhatian! Terdapat beberapa kafe yang tidak halal.
1. The Front Door
Berada di Jalan Sultan dan berkongsi dengan Grocer Inn, bangunan yang berada disini dari 1931 masih kukuh lagi seperti baharu! Sangat klasik dan unik, dinding bangunan dicat dengan warna hitam dan memberikan suasana yang selesa ketika menghirup secawan kopi di kedai ini.
Signature dish The Front Door adalah sandwic open-face dengan pelbagai perasa. Ia juga merupakan tempat pengunjung boleh relaks selepas sehari suntuk berjalan di Petaling Street.
https://instagram.com/p/5jMXLdwYld/
Lokasi: 78, Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 8.00 pagi hingga 6.00 malam setiap hari.
2. Coffee Amo
Anda mungkin ketahui tentang kafe ini yang berada di Petaling Street kerana ia terkenal dengan seni kopi 3D mereka!
Comel dan gebu mahkluk yang berada di atas kopi itu sangat popular di kalangan remaja dan sering dimuat turun di medial sosial.
Selain menghidangkan seni kopi tersebut, terdapat makanan yang lain turut dihidangkan. Jika anda berpeluang untuk pergi ke kafe in, pasti tidak sampai hati untuk minum kopi tersebut sebab seni yang berada di atas kopi anda itu.
Lokasi: Tingkat 1, 54, Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 10.30 pagi hingga 9.00 malam setiap hari.
3. Merchant Lane
Pasti mata anda tidak akan berkelip-kelip jika berkunjung ke kafe ini. Dekorasi yang klasik dan moden ini dipenuhi dengan perabot yang membuatkan ia tampak fotogenik.
Merchant Lane yang menjanjikan sajian makanan yang ‘selesa’ pasti membuatkan anda ingin datang sekali lagi pada masa hadapan!
Lokasi: No, 150 Jalan Petaling, 59000 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 10.30 pagi hingga 6.00 petang (Ahad – Khamis), 10.30 pagi hingga 10 malam (Jumaat & Sabtu), tutup pada hari Rabu.
4. Kafe Einstein
Kedai yang berada beberapa tapak dari Coffee Amo ini menhidangkan makanan vegeterian. Terima kunjungan daripada pelajar sekolah menengah kerana suasananya tidak terlampau bising, membuatkan mereka senang untuk belajar secara berkumpulan disini.
Pizza 7 inci merupakan salah satu makanan yang disukai ramai merupakan pilihan yang sihat dengan mocked meat, lada hijau, buah zaitun dan cendawan dihias di atas pizza tersebut. Pengunjung perlu tahu bahawa mereka juga ada menghidangkan produk tenusu dan telur atas kerana vegetarian yang konservatif.
Lokasi: 58, Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10.30 pagi hingga 9.30 malam setiap hari.
5. LOKL Coffee Co.
Kafe bergaya ini mungkin berada lebih jauh daripada yang lain (8 minit waktu berjalan dari Petaling Street), tetapi perjalanan anda itu akan berbaloi!
Jalan diluar mungkin akan jadi agak sibuk kerana terdapat ramai backpackers memeriahkan kawasan itu. Dimilik oleh selebriti, Cheryl Samad, tempat ini sangat selesa dan insta-worthy!
https://instagram.com/p/5BgAHCNHhU/
Lokasi: 30, Jalan Tun H.S Lee, 50100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8.00 pagi hingga 8.00 malam (Selasa sehingga Ahad)
6. Lucy In The Sky
Sudah beroperasi agak lama di Jalan Tun H.S Lee, kafe chic ini berdasarkan lagu The Beatles, Lucy In The Sky With Diamonds.
Hidangan barat yang dihidangkan di sini sangat disukai ramai. Kopi yang dihidangkan dengan makanan yang selesa ini pasti membuatkan kunjungan anda sangat berbaloi.
Lokasi: Ground Floor, 167, Jalan Tun H S Lee, 50000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8.00 pagi hingga 6.00 petang (Tutup pada hari Isnin)
7. Kafe Old China
Ingin lari daripada moden dan lari kepada tradisional? Anda di tempat yang betul kerana ia memberikan pengunjung mengalami zaman cina dahulu kala, terutama sekali apabila reka bentuk kedai ini dari zaman 1920.
Dengan cahaya yang malap, ia membawa anda terus ke zaman dahulu kali terutama sekali dinding kedai juga dihiasai gambar antik. Tempat ini menghidangkan makanan peranakan yang pasti akan membuat anda kembali sekali lagi.
Lokasi: 11, Jalan Balai Polis, 50000 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 11.30 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.
8. Kafe Yum Cha
Mempunyai kedai bunga di bawa kafe ini, pemilik kedua-dua buah kedai ini menggunakan ruang diatas sebaik mungkin, daripada biarkan ia menjadi bilik stor.
Menyediakan makanan dengan harga berpatutan, Yum Cha memberikan pengunjung suasana yang moden dan canggih. Terdapat ramai backpackers yang turun padan dengan pilihan teh serta makanan tempatan untuk dipilih.
Lokasi: No.143 Jalan Petaling, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 8.30 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.
Selamat berkunjung dan menikmati makanan yang berada di lapan kafe ini!