Dengan kerjasama The Walt Disney Company Southeast Asia, Royal Selangor melancarkan koleksi pada 20 Ogos 2015 untuk memperingati STAR WARS, salah satu francais filem yang paling berjaya sepanjang zaman dan suatu fenomena budaya popular seantero dunia.
“Star Wars telah memberi impak budaya yang hebat terhadap sekurang-kurangnya dua generasi penonton wayang. Adalah suatu penghormatan besar dapat bekerjasama dengan pihak Disney Southeast Asia untuk mengabadikan watak-watak daripada francais yang luar biasa ini serta berkongsi dengan para peminat,” kata Yong Yoon Li, Pengarah Eksekutif Royal Selangor International.
Barisan koleksi ini terdiri daripada arca kecil 8 inci Edisi Terhad watak-watak Darth Vader, Han Solo dan Princess Leia. Melengkapi barisan ini ialah arca-arca lagi kecil 4 inci watak-watak Yoda, Stormtrooper dan Boba Fett. Tumpuan utama koleksi ini ialah diorama yang menunjukkan monster rancor dalam lubangnya bersedia menerkam Luke Skywalker – suatu adegan klasik daripada Return of the Jedi.
Barangan lain dalam koleksi Star Wars termasuk sepasang gelas Stormtrooper dan Boba Fett, kole-kole Darth Vader dan C-3PO, flash drive USB berbentuk Millennium Falcon dan snowspeeder, kotak barang kodi dan kafling lelilit Death Star.
Di bawah kerjasama ini juga, Royal Selangor akan memperkenalkan barangan dan aksesori piuter bertemakan Star Wars dalam masa tiga tahun akan datang. Royal Selangor juga telah mendapat hak edar koleksi Star Wars di beberapa negara, termasuk Australia, Brunei, Singapura, Indonesia, Hong Kong, China dan United Kingdom.
Saksikan koleksi ini di mana-mana stor runcit Royal Selangor, wakil peniaga sah dan dalam talian di starwars.royalselangor.com.