Rasanya semua orang tahu kehebatan sitkom Mr Bean yang dilakonkan dengan jayanya oleh teraju utama, Rowan Atkinson. Bukan sahaja kanak-kanak, orang tua ataupun boleh dikatakan semua peringkat usia mengikuti sitkom ini.
Rupanya diam tak diam, sudah 25 tahun Mr Bean bersiaran. Bagi meraikan ulang tahun perak kelahiran siri itu, Rowan Atkinson telah memilih bangunan ikonik di United Kingdom iaitu di hadapan kediaman keluarga diraja England, Istana Buckingham bagi tujuan itu.
Membawa bersama kereta mini berwarna kuning serta patung Teddy yang setia menemaninya ke mana sahaja, Rowan menggayakan persalinan Mr. Bean yang sinonim dengan imejnya itu. Menggayakan satu babak popular Mr. Bean, Rowan menaiki bumbung kereta dengan duduk di atas sofa sambil mengelilingi kawasan istana berkenaan.
[SUMBER]