Julung buat kali yang pertama di Malaysia, KFIT telah membawa suatu pembaharuan dalam dunia kecergasan yang kini sedang rancak berkembang di rantau Asia Pasifik.
Misinya adalah untuk menjadikan aktiviti kecergasan lebih menarik selain membuatkannya lebih mudah untuk diakses oleh orang ramai tanpa mengira status.
KFIT telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini, dimeriahkan dengan kehadiran model dan pengacara terkenal Patricia Knudsen sebagai duta mereka. Sehingga kini, KFIT mempunyai lebih 405 rakan kerjasama terdiri daripada pusat-pusat kecergasan dan gim sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
Tidak perlu risau kerana kini anda berpeluang menjalankan aktiviti kesihatan dimana jua anda berada, asalkan sahaja di pusat-pusat kecergasa dan gim yang berdaftar di bawah KFIT.
“Tiada sesiapa memilih untuk menjalani kehidupan yang tidak sihat, tetapi kadang-kala masa dan keadaan yang tidak mengizikan membuatkan waktu kita untuk menjalani aktiviti sihat terbatas. Semuanya akan menjadi lebih mudah sekarang kerana KFIT menyediakan servis dan perkhidmatan kecergasan dibawah satu bumbung”, jelas Melissa, Pengurus Besar Pemasaran KFIT.
Yuran bulanan yang dikenakan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli KFIT adalah sangat berpatutan iaitu RM99 tanpa perlu menandatangani sebarang kontrak perjanjian mahupun membayar yuran pembatalan. Dengan itu, sesorang ahli berhak untuk menggunakan khidmat gim atau pusat kesihatan tanpa had yang ditetapkan, dari yoga hingga ke seni pertahan diri, segalanya anda boleh lakukan dengan KFIT.
Seronok bukan?
Untuk mendaftar sebagai ahli, anda boleh muat turun aplikasi KFIT untuk iOS dan Android. Bagi maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Kfit.com.