Gelato bermaksud ais krim dalam bahasa Itali. Gelato dengan ais krim sama atau tidak? Benda sejuk, sedap dan cair bila dipanaskan. Kalau anda nak tahu, gelato dengan ais krim ada bezanya.
Majoriti ais krim yang dijual di pasaran, sama ada jenama tempatan atau antarabangsa sudah pun dihasilkan berminggu-minggu dan berbulan-bulan. Ada yang tidak segar malah tidak banyak kedai atau kiosk ais krim yang menyediakan ais krim segar yang dibuat setiap hari.
Bagi mengekalkan kemampatan dan pengayaan rasanya, gelato diadun pada gerakan lebih perlahan berbanding ais krim. Ais krim diadun lebih laju dan kebiasaannya amaunnya akan bertambah sekurang-kurangnya 25 hingga 90 peratus menerusi udara serta proses adunan sekali gus menjadikannya lebih lembut.
Kebiasaannya gelato dihidangkan sedikit panas berbanding ais krim. Sekiranya ais krim dihidangkan pada suhu yang sama seperti gelato, ia akan mencair dan menjadi lebih berair. Sebaliknya terjadi jika gelato dihidangkan pada suhu ais krim, ia akan menjadi keras dan kehilangan tekstur elastiknya.
Kandungan Lemak Rendah – Jika anda sedang menjalankan program diet, gelato tidak akan membuatkan berat badan bertambah. Sajian ini mempunyai kandungan lemak yang rendah, bahkan jumlah kalsiumnya sangat tinggi. Kebiasaannya ais krim mengandungi krim dan lemak yang tinggi sekurang-kurangnya 10 peratus. Gelato pula menggunakan lebih banyak susu berbanding krim dan kebiasaannya menggunakan kurang kuning telur (sekiranya ada).
Mempunyai Rasa Yang Lembut – Ramai berpendapat rasa gelato akan mudah hilang. Memang benar, sebab sebahagian besar bahannya adalah susu, sehingga menyebabkan rasanya lembut dan lebih mudah hilang. Disebabkan itulah, gelato membuatkan ramai yang ketagihan dan mahu mencuba lagi.
Dibuat Dengan Suhu Yang Sangat Rendah – Tahukah anda gelato dibuat dengan suhu yang teramat rendah. Hal ini bagi memastikan kelembutan tekstur dan rasanya benar-benar terjaga.
Dibuat Dengan Mesin Khas – Proses pembuatan gelato berbeza dengan ais krim. Gelato dibuat dengan mesin khas dan tidak boleh diproses secara manual. Namun, ada beberapa gelato yang diolah dengan menggunakan teknik molecular gastronomi, iaitu penggabungan antara bidang kuliner dengan ilmu sains.